Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain

Mereka adalah aset berharga kepada PDRM.

Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain

Siapa tidak kenal dengan Timbalan Ketua Polis Datuk Ayob Khan? Rasanya rakyat Malaysia amat mengenali beliau. Kredibiliti dan integriti beliau tidak boleh dipersoalkan.

Begitu juga dengan dengan Pengarah JSJ Dato Sri Mohd Shuhaili. Ketegasan dan kredibilitinya sebagai pegawai PDRM memang terbukti.



Namun begitu satu berita telah dikeluarkan oleh Malaysiakini yang menyatakan kedua-dua mereka mungkin akan dipindahkan kepada agensi lain di bawah KDN.

Berikut adalah berita dipetik dari Malaysiakini:

Ibu pejabat polis Bukit Aman didakwa merancang rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya, dengan beberapa pegawai kanan dijangka dipindahkan keluar daripada agensi itu.

Menurut sumber, rombakan itu didakwa turut melibatkan Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay.



“Apa yang kita dengar, Datuk Ayob mungkin akan dihantar mengetuai agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Beliau akan mengetuai sama ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA),” kata sumber polis kepada Malaysiakini.

Ayob enggan memberi komen apabila ditanya mengenai dakwaan tersebut, namun seorang pegawai kanan kementerian mengesahkan terdapat rancangan rombakan tersebut tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut.

Bagaimanapun, sumber yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan mendakwa ia adalah perancangan dalaman Bukit Aman.



“KDN tidak terlibat dalam hal ini. Ia berkaitan dengan dinamika dalam PDRM,” dakwa sumber tersebut.

MK telah menghubungi Ketua Polis Negara, Razarudin Husain untuk mendapatkan komen.

Seorang lagi pegawai kanan polis yang didakwa akan dipindahkan keluar dari Bukit Aman ialah Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang kini merupakan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Pesuruhjaya polis berpangkat tiga bintang itu, menurut sumber, mungkin dihantar ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai ketua pengarahnya yang baru.



MK juga telah menghubungi pejabat Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Shuhaily untuk mendapatkan komen.

Untuk rekod, jawatan nombor satu dalam APMM dan Nada kosong sejak April lalu.

Ketua Pengarah APMM Hamid Mohd Amin bersara wajib pada 18 April manakala ketua pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berpindah ke Kementerian Sumber Manusia untuk dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua setiausaha (operasi) kementerian itu. Malaysiakini

KDN tidak wajar memindahkan mereka ke agensi lain. Datuk Ayob Khan layak untuk menjadi KPN yang seterusnya. Jangan sia-siakan aset yang mereka ada.



Begitu juga dengan Mohd Shuhaili, beliau harus kekal berada di dalam PDRM.

Masih ramai lagi yang boleh menerajui AADK, NADA dan APMM. Kita harap KDN buat keputusan dengan betul. Jangan hampakan rakyat Malaysia.

Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker