Puteri Sarah Liyana ceria, bersemangat selepas fail perceraian

Puteri Sarah Liyana ceria, bersemangat selepas fail perceraian

“Bismillahirrahmanirrahim.”

Demikian ungkapan pelakon Puteri Sarah Liyana ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di sini hari ini.



Puteri Sarah yang berjubah berwarna hitam tiba di mahkamah sekitar pukul 10.30 pagi ditemani dua ahli keluarganya.

Turut hadir ialah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon berusia 38 tahun itu.

Ditanya keadaannya hari ini, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui berasa bersemangat bagi urusan perceraiannya biarpun sibuk dengan pengambaran drama.

“Semalam pulang dari set penggambaran sekitar pukul 1 pagi.



“Hari ini saya bersedia dan bersemangat lebih-lebih lagi ditemani oleh ahli keluarga yang lain. Doakan saya,” katanya ringkas ketika ditemui pihak media.

Hari ini, pelakon drama Suri Hati itu nekad memfailkan percerain selepas lima tahun bergelum mempertahankan rumah tangganya dengan Syamsul.

Sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan hangat ramai selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.



Pendedahan tersebut mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia tiga tahun. K Online

Puteri Sarah Liyana ceria, bersemangat selepas fail perceraian

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini



Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker