Budak Tiga Tahun Mati Lemas Dalam Mesin Basuh

Budak Tiga Tahun Mati Lemas Dalam Mesin Basuh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya di sebuah rumah di timur laut Paris pada Khamis lalu.

Lemas dalam mesin basuh

Kehilangan mangsa hanya disedari oleh ibu bapanya ketika mereka berdua bersama seorang lagi anak mereka sedang makan malam di rumah. Namun kelibat mangsa tidak kelihatan pada waktu itu. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan pasangan ini semakin risau dan mula mencarinya di merata tempat termasuklah di luar rumah. Bukan itu sahaja, mereka juga sempat meminta pertolongan jiran tetangga untuk mencari anak perempuannya itu.

Namun siapa sangka, mangsa akhirnya ditemui oleh bapanya di dalam mesin basuh. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia satu jam kemudian.

Difahamkan, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup dan suis tidak dihidupkan ketika ahli keluarga menemui mangsa di dalamnya. Punca kematian mangsa dipercayai akibat sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.
Sumber: Daily Mail

Budak Tiga Tahun Mati Lemas Dalam Mesin Basuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker