Cara pilih Limau Mandarin yang manis

Cara pilih Limau Mandarin yang manis

Tahun Baru Cina semakin menjelang tiba. Masa ni lah, buah limau mandarin antara barang “must have” ketika ini.

Terdapat pelbagai pilihan limau mandarin di pasaran bergantung kepada saiz, kualiti dan jenis nya. Setiap jenis mempunyai rasanya yang berbeza walaupun kelihatan fizikal nya hampir sama.



Pernah tak, ada pengalaman bila makan limau mandarin boleh yang masam. Kalau dapat yang masam memang tak sentuh dah. Tekak tak boleh nak telan. Nak yang manis sahaja.

Artikel berkaitan: Batuk Teruk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Cara Elak & Tips Pilih Limau

Menurut The Straits Times, ada 11 jenis limau mandarin di pasaran. Kalau korang perasan, mesti ada harga murah dan mahal. Saiz pula ada pelbagai jenis.

Nak tahu jenis mandarin yang manis, meh simpan dahulu artikel ini untuk mudahkan pembelian korang setiap kali Tahun Baru Cina.



1. Ponkan

Asal: Taiwan

Rasa: Kebiasaanya ponkan berasa manis dengan sedikit cetusan masan dihujung-hujung lidah. Tetapi ia tidak mempunyai jus yang tinggi seperti lukan.

Ciri-ciri: Saiz sebiji Pokan lebih kurang saiz tapak tangan dewasa. Ini bermakna ia agak besar dengan kulitnya yang licin. Pilihan paling popular di pasaraya.

2. Lokan

Asal: Cina



Rasa: Lebih manis dan berjus jika dibandingkan dengan Ponkan. Mandarin jenis ini amat sesuai untuk digunakan sebagai ramuan di dalam masakan kerana ia tahan kepada panas dan tidak mudah benyek.

Ciri-ciri: Lukan bersaiz lebih kecil dari Ponkan. Namun, kulitnya lebih nipis dan sedikit menggerutu. Adakalanya, terdapat tompok hitam pada kulit.

3. Swatow

Asal: Cina

Rasa: Rasanya lebih masam



Ciri-ciri: Swatow lebih besar dari saiz limau Ponkan dan Lukan. Kulitnya juga lebih tebal berbanding dua di atas dengan teksturnya yang kasar dan sedikit sukar untuk dikupas. Namun, ia mampu bertahan untuk tempuh 6 bulan berbanding limau mandarin lain yang hanya tahan 3 bulan selepas masak ranum.

4. Kinnow

Asal: Pakistan

Rasa: Rasanya sangat manis

Ciri-ciri: Berkulit licin dan banyak biji. Berukuran 7 hingga 8cm. Sesuai dijadikan minuman koktel, bahan masakan dan bakar.



5. Mikan

Asal: Cina

Rasa: Mikan antara buah limau manderin yang paling masam tetapi ia mempunyai aroma citrus sangat kuat.

Ciri-ciri: Ia merupakan buah limau mandarin yang paling kecil berbanding jenis lain dan mempunyai kulit nipis berwarna kekuningan. Namun, limau jenis ini hanya mampu bertahan 2 minggu selepas masak ranum. Tiada biji.

6. Clementine

Asal: Mediterranean



Rasa: Rasanya sangat masam.

Ciri-ciri: Mudah dikupas, agak berair dan tiada biji. Memandangkan ia sering diimport dari Eropah, harganya boleh tahan mahal.

7. Mandelo

Asal: Amerika Syarikat

Rasa: Sangat manis dan berair, mempunyai rasa seakan campuran buah pomelo dan limau gedang, dan sedikit pahit tetapi menyedapkan.

Ciri-ciri: Sebesar limau gedang (grape fruit) mempunyai kulit kuning-hijau nipis dan banyak biji.

8. Dekopon

Asal: Jepun

Rasa: Limau manderin jenis ini tidak berbiji dan mempunyai rawa manis serta segar. Ia mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding yang lain. Disamping itu juga, kulit setiap ulas dan sacs limaunya lebih lembut dan berkualiti.

Ciri-ciri: Warna kulitnya sedikit cerah dan permukaanya kasar. Terdapat benjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran tangkai. Senang dikupas.

9. Honey Murcott

Asal: Amerika Syarikat.

Rasa: Sederhana manis, sedikir berair, rendah asid dan kadang-kadang tawar.

Ciri-ciri: Kira-kira 9cm lebar, agak gemuk, dengan kulit yang melekat tetapi nipis dan beberapa biji.

10. Sour Orange

Asal: Jepun.

Rasa: Tekstur masam, tak sesuai dimakan mentah.

Ciri-ciri: Kira-kira 7cm, warna agak kekuningan oren. Digunakan secara tradisional untuk membuat marmalade, kuih-muih, minuman keras, ekstrak dan minyak wangi.

11. Tangerine

Asal: Cina

Rasa: Jenis limau manderin yang paling digemari kerana rasa dan aromanya yang sejati. Namun rasa manisnya tidak bertahan lama. Setalah seminggu dipetik, rasa enaknya semakin berkurangan.

Ciri-ciri: Saiznya hanya 1/3 daripada saiz Ponkan. Kulitnya nipis namun sangat mudah untuk dikupas.

Cara Pilih Limau Mandarin Yang Manis

1. Tengok fizikal buah limau tersebut. Biasanya kalau nak tahu yang manis ni, limau tak bulat cantik, nampak menggerutu sikit. Kalau yang masam buahnya bulat cantik.

2. Warna buah limau yang manis, nampak ke oren tua sikit.

3. Cuba picit bahagian bawah limau, kalau kulit limau tu nampak lekuk, maknanya kulit limau itu dah mudah lekang dari isi. Yang ni mudah sangat nak cam.

4. Biasanya kalau kulit limau yang mudah lekang ni antara dua samaada manis atau tawar, sebab kalau ikut pengalaman, tak pernah lagi jumpa yang masam. Tawar tu dah biasa.

Cara pilih Limau Mandarin yang manis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker