KJ gagal jadikan “boo” dan “pengundi hantu” persepsi burukkan UMNO

Oleh Norzahira

BUKAN lagi rahsia bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin (KJ) “giler” mahu jadi Presiden UMNO. Beliau seolah-olah meroyan apabila mengetahui hajat tersebut bakal terkubur apabila ramai perwakilan yang membawa usul agar jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan dalam perbahasan masing-masing di Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Khairy sebelum ini mendesak Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan susulan keputusan buruk UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan parti itu hanya menang 26 kerusi Parlimen. Beliau enggan melihat fakta bahawa ketika PRU15, “Poster Boy” BN adalah Ismail Sabri. Perdana Menteri juga Ismail Sabri. Pengerusi Perhubungan Negeri bukan Zahid Hamidi. Setiap keputusan melibatkan Top 5 bukannya Zahid seorang diri.



Bagi memastikan cita-cita beliau untuk menjadi Presiden UMNO tercapai, KJ tahu jawatan tersebut perlu dipertandingkan. Namun apabila perwakilan Negeri Sembilan mencadangkan usul tambahan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, KJ dilihat meroyan dengan dahsyatnya.

Usul yang dikemukakan itu mendapat reaksi berbeza daripada perwakilan. Majoriti bertepuk tangan menyokong jawatan tersebut tidak dipertandingkan. Hanya dua tiga “kerat” Ketua Bahagian yang pro perancang utama SD dokong Muhyiddin sebagai PM membuat suara teriakan ‘boo’ di Dewan Merdeka WTCKL.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa kumpulan perwakilan berteriak ‘boo’ ketika ucapan usul tambahan berkaitan jawatan penting parti di Perhimpunan Agung UMNO 2022 dibayar RM300.



Menurutnya, kumpulan perwakilan itu mengakui diupah bertujuan menghuru-harakan perhimpunan dan memastikan jawatan Presiden dipertandingkan.

Klimak gerakan kumpulan tersebut apabila KJ mendakwa UMNO membawa perwakilan ‘import’ untuk memastikan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan diluluskan.

Khairy mendakwa, tag di kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan Umno sudah ditanggalkan sebagai usaha membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.

UMNO menafikan dakwaan KJ tersebut. Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, tuduhan daripada bekas Ahli Parlimen Rembau bahawa terdapat perwakilan ‘import’ itu tidak benar memandangkan beliau sendiri berada di dalam Dewan Merdeka.



Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan terdapat perwakilan import bagi meluluskan usul berkenaan. Hakikatnya, tiada sesiapa tanpa kad perwakilan dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Kesimpulannya KJ gagal menjadikan “boo” dan “pengundi hantu” persepsi memburukkan UMNO apabila semua bukti tidak menyokong segala dakwaan mengarut beliau.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker