Minuman ‘terbalik’, barang antik tarik pelanggan ke Warung Chabok

Minuman ‘terbalik’, barang antik tarik pelanggan ke Warung Chabok

JITRA: Hilang pendapatan di sebuah kilang di Bandar Darul Aman, di sini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19, Mohd Hazrul Hassan, 49, mencari sumber rezeki lain dengan membuka gerai burger untuk menanggung isteri dan enam anak.

Namun, kos sara hidup yang semakin tinggi dan peluang kerja yang terhad untuknya mendorong beliau mencuba nasib mengusahakan warung di hadapan rumah di Kampung Paya Kubang Lembu, di sini.

Wang simpanan yang ada dilaburkan untuk perniagaan itu dengan kos dipastikan paling minimum.

Bapa enam anak ini menggunakan bahan buangan seperti mesin jahit antik untuk dijadikan meja makan, batang pokok kelapa pula menjadi tiang warung yang turut diserikan dengan motosikal lama C70 untuk menarik minat pelanggan.

Dia turut memutarkan lagu klasik Allahayarham Tan Sri P Ramlee sepanjang warung dinamakan ‘Warung Chabok’ itu beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam, selain tarikan minuman kopi O, Nescafe dan Milo ais ‘terbalik’ yang mendapat sambutan luar jangkaan.

Mohd Hazrul berkata, dia menggunakan kudrat yang ada untuk membina warung itu sejak bulan lalu selepas tiada punca pendapatan lain, kecuali perniagaan burger di hadapan rumah.

“Saya banyak merantau sebelum ini dan tertarik untuk menjual minuman terbalik yang asalnya dari Indonesia. Bukan mudah kerana selepas 10 kali cuba menterbalikkan cawan atau gelas di atas piring, barulah saya dapat hasil,” katanya ketika ditemui.

Mohd Hazrul atau dikenali sebagai Chaon, berkata dia menggunakan kopi yang dihasilkan penduduk kampung di Baling yang tidak perlu ditapis.

“Tak sangka ia dapat sambutan pelanggan, ada dari luar Kedah termasuk dari Terengganu. Saya tak tahu dari mana mereka tahu warung ini, mungkin ditularkan oleh pelanggan yang pernah datang sini sehingga warung saya tak putus-putus menerima pelanggan sehingga larut malam.

“Malah burger juga mendapat sambutan terutama pada hujung minggu. Kalau ada siaran langsung perlawanan bola sepak, ramai datang sini untuk menonton televisyen,” katanya.

Mohd Hazrul berkata, banyak barang lama dan antik milik arwah datuknya dipamerkan di situ, termasuk pinggan kaca, radio, motosikal serta rak pinggan sebagai daya tarikan.

Katanya, setakat ini dia turut dibantu isteri, Siti Rodiah Che Lah, 38, serta anak-anak untuk melayan pelanggan serta menguruskan warung.

“Saya puas hati dengan apa yang saya lakukan, tak sia-sia saya berhenti kerja kilang untuk berniaga. Alhamdulillah, perniagaan ini dapat membantu menyara kehidupan kami sekeluarga,” katanya. BH

Minuman ‘terbalik’, barang antik tarik pelanggan ke Warung Chabok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker