Kisona sah tinggalkan BAM

PEMAIN perseorangan wanita negara, S Kisona

PEMAIN perseorangan wanita negara, S Kisona memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini kerana mahu menumpukan kepada proses pemulihan selain memerlukan masa yang lebih fleksibel untuk meneruskan kerjayanya dalam badminton.

Bagaimanapun, atlet berusia 24 tahun itu menegaskan tetap akan meneruskan kejayanya sebagai pemain profesional.

“Saya nak berhenti daripada BAM untuk tumpu kepada pemulihan di bahagian kaki kerana saya pernah menjalani pembedahan setahun yang lalu. Setakat ini, kecil sahaja kecederaan, jadi mungkin boleh pulih dalam tiga minggu, dua minggu atau seminggu pun boleh.

“Saya perlu bincang balik dengan pusat rehabilitasi. Kalau pemulihan cepat, saya boleh kembali ke kejohanan dan fokus untuk latihan Sukan Olimpik Paris 2024. Kejohanan pertama belum tahu lagi, akan ada perancangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.



Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, barisan kejurulatihan dan BAM sebelum ini telah berjumpa dan berbincang bersama Kisona berhubung keputusan keluar daripada badan induk berkenaan.

“Sejarah kecederaannya tahun ini membawa satu cabaran buatnya bukan sahaja dari segi progres kerjaya badminton tetapi juga emosi. Kisona juga telah dibuli di sosial media,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Michelle Chai berkata, BAM memutuskan untuk melepaskan 12 pemain daripada badan induk berkenaan bagi sesi tahun hadapan.

Antara pemain yang dilepaskan BAM ialah perseorangan lelaki, Lim Chong King dan Ting Wen Xuan, perseorangan wanita, Myisha Mohd Khairul, Eoon Qi Xuan serta Joanne Ng May Yin dan pemain beregu lelaki Fawwaz Zainuddin dan Muhammad Zulhairi Sahimi.



Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan BAM mampu menumpukan kepada pemain-pemain yang boleh disandarkan untuk membawa pulang pingat buat negara bagi Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kita tumpukan kualiti berbanding kuantiti. Kita tengok juga ada orang ramai cakap BAM suka perap pemain, tak hantar pergi kejohanan. Mulai tahun depan, siapa sahaja yang kita simpan, kita mahu dapat membawa pemain itu ke kejohanan,” katanya.

Selain itu, Michelle berkata, 55 pemain senior dikekalkan dalam BAM berdasarkan potensi pemain untuk berada di sekurang-kurang kedudukan ke-30 dunia selain mengambil kira sikap dan disiplin atlet berkenaan. – Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN



Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker