Peluang dekati adiwira DC

Peluang dekati adiwira DC

Berita gembira buat pencinta adiwira DC!

Buat pertama kalinya di Asia, Tropicana Gardens Mall akan menjadi lokasi The World of DC Exhibition bermula 23 Disember ini hingga 1 April 2023.



Dibawakan khas oleh WOW Event Asia sebagai penganjur rasmi, pameran ini memaparkan tujuh zon berbeza yang memfokuskan kepada watak dan tema tertentu.

Bukan itu saja, The World of DC Exhibition ini juga menampilkan konsep seni filem, pakaian, pameran bersaiz sebenar dan interaktif elemen serta barangan ekslusif yang meraikan adiwira DC yang ikonik termasuklah Superman, Batman, Wonder Woman dan Aquaman bersama-sama dengan Super-Villains seperti Harley Quinn, Joker dan El Diablo.

Lebih mengujakan, penjelajahan di dalam dewan pameran itu turut menampilkan pelbagai aktiviti antaranya lebih 100 konsep seni asli yang memberikan pengunjung pandangan ‘behind-the-scene’ yang unik.

Selain itu, permainan interaktif yang disediakan memberikan pengalaman interaktif terkini termasuk permainan motion-sensor, video projection, kesan bunyi sebenar dan banyak lagi.



Pengarah Eksekutif WOW Event Asia Mary Koh berkata, pihaknya berbesar hati membawakan The World of DC Exhibition yang pertama di Asia.

MARY bergambar bersama sebahagian barangan eksklusif yang boleh dibeli semasa ‘The World of DC Exhibition’.
MARY bergambar bersama sebahagian barangan eksklusif yang boleh dibeli semasa ‘The World of DC Exhibition’.
Katanya, dengan populariti DC yang semakin meningkat di Malaysia, didorong oleh filem blockbuster seperti The Batman, Aquaman, Man of Steel dan Wonder Women, pameran ini ibarat ‘hadiah’ buat mereka.

“Menerusi pameran ini, peminat filem dan pencinta komik DC juga ibarat dibawa melalui satu perjalanan interaktif dalam peristiwa penting yang paling terkenal daripada Super Hero dan Super-Villains kegemaran mereka.

“Kami sangat teruja akhirnya dapat membawakan The World of DC Exhibition ke Malaysia. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran yang cukup menarik ini,” katanya.



Untuk menyaksikan sendiri keunikan dan merasai aura adiwira kegemaran anda, tiket dijual pada harga RM38 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun, manakala RM55 untuk dewasa.

Tiket ekspres di mana anda tidak perlu beratur panjang untuk masuk ke pameran ini di jual pada harga RM150.

Bagi pengunjung yang ingin berpakaian seperti adiwira DC atau penjahat kegemaran mereka sekali gus memberikan aura yang berlainan, ia adalah dibenarkan.

Bagaimanapun, topeng dan senjata replika seperti pistol mainan, pedang atau objek tajam tidak dibenarkan.



Untuk maklumat lanjut mengenai The World of DC Exhibition dan pembelian tiket layari www.woweventasia.com.

Tiket juga boleh didapati di kaunter tiket di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall. HM

Peluang dekati adiwira DC


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa



Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker