Tumpas 30 minit selepas samun kedai emas guna pistol mainan

Tumpas 30 minit selepas samun kedai emas guna pistol mainan

IPOH: Seorang lelaki melalui nasib malang apabila ditahan polis kurang setengah jam selepas melakukan samun di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar, di sini, menggunakan pistol mainan.

Suspek, 32, ditahan dua anggota dari Balai Polis Pasir Puteh yang bertindak atas arahan bilik bilik kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Jalan Dato’ Onn Jaafar, di sini, dengan dibantu pasukan sokongan Balai Polis Pekan Bharu.

Ketika ditahan, suspek cuba melarikan diri sambil dikejar orang awam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, mengesahkan tangkapan itu selepas suspek cuba menyamun kedai emas terbabit kira-kira jam 2 petang.

Mengulas lanjut, katanya ketika memasuki premis suspek menyatakan hasrat ingin membeli rantai emas, namun ketika melihat barangan yang ditunjukkan pekerja, lelaki terbabit terus mengambil rantai berkenaan sambil mengacukan ‘pistol’ dan terus melarikan diri.

“Dua anggota Balai Polis Pasir Puteh yang menerima maklumat menghala ke lokasi dan ternampak seorang lelaki disyaki suspek berlari sambil dikejar beberapa orang awam.

“Dengan dibantu pasukan Balai Polis Pekan Bahru, suspek berjaya ditangkap dan semasa tangkapan, polis turut merampas sepucuk pistol mainan diperbuat daripada plastik yang disimpan dalam beg silang milik suspek,” katanya.

Yahaya mengakui kejayaan menyelesaikan kes samun itu dalam tempoh kira-kira 30 minit adalah hasil kerjasama orang awam yang prihatin dan kepantasan tindak balas polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman. BH

Tumpas 30 minit selepas samun kedai emas guna pistol mainan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker