Kerajaan PN yang batalkan projek HSR

Kerajaan PN yang batalkan projek HSR

Keputusan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak membuat penjelasan itu ekoran masih ada yang keliru mengenai siapa yang membatalkan projek tersebut.



Menurut beliau, sebelum itu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan projek HSR selama dua tahun mulai akhir 2018 hingga 2020 dengan membayar pampasan sebanyak RM45 juta kepada Singapura.

“Lalu kerajaan PN membuat keputusan untuk batalkan projek dan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura dalam mesyuarat Kabinet pada bulan Oktober dan November 2020.

“Pembatalan ini dimaklum dalam kenyataan media Muhyiddin pada 1 Januari 2021,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak mendakwa, kerajaan PN membuat pembatalan itu kerana mereka mahu memberi projek tersebut kepada syarikat ERL yang dimiliki YTL.



Beliau menambah, sejak akhir 2020 dan 2021, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berulang kali menuduh bahawa PN tidak mahu projek ini dilaksana melalui tender terbuka antarabangsa dan sebaliknya, mahu memberikan projek ini kepada ERL tetapi ia tidak pernah disangkal atau dibalas oleh kerajaan Muhyiddin.

“Malah, Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung pernah memaklumkan perkara ini dalam Parlimen Singapura,” jelasnya.

Selain itu, katanya, Ye Kung turut menyatakan antara perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia adalah menghubungkan HSR dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memungkinkan perkongsian landasan berkelajuan tinggi dengan laluan sedia ada menuju ke lapangan terbang. MG

Kerajaan PN yang batalkan projek HSR




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker