Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib

PUTRAJAYA – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Seri Najib Razak.

Ini selepas bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada Rabu bagi melucutkan kelayakan Sri Ram daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan mewakili pihak pendakwa raya bagi kes itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan Najib hari ini serta memutuskan bahawa tiada bukti berat sebelah di pihak Sri Ram berikutan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan.

Dalam keputusan sebulat suara, Lam Kiat yang mengetuai panel itu berkata, mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Sri Ram telah mengambil bahagian dalam proses siasatan dan menjalankan siasatan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib.

“Kami tidak fikir Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan undang-undang yang membenarkan campur tangan rayuan,” kata hakim itu yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Lam Kiat berkata, mahkamah-mahkamah itu mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk melucutkan kelayakan seorang peguam daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam mana-mana kes jenayah.

Najib telah memohon untuk melucutkan kelayakan Sri Ram dalam perbicaraan kes meminda laporan audit yang dihadapinya, memohon pengisytiharan bahawa terdapat konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan amalan guamannya.

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa Sri Ram telah bertindak bercanggah dengan kepentingan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan, berat sebelah dan mempunyai tanggapan awal dan tentuan awal tentang kesalahan Najib walaupun sebelum didakwa secara rasmi di mana-mana mahkamah.

Dalam permohonannya, beliau juga mahu satu perintah supaya Sri Ram juga dilucutkan kelayakan daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan atau mewakili pihak pendakwa raya dalam kes jenayahnya yang lain, berkaitan 1MDB.

Artikel Berkaitan:

Perbicaraan lain berkaitan 1MDB terhadap Najib yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes 1MDB, pecah amanah melibatkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) serta pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM2.6 juta yang dikaitkan kepada kes 1MDB.

Pada 15 Februaru lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Najib dan beliau juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 September.

Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Januari tahun depan untuk memberikan keputusannya sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes meminda laporan audit itu.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan tersebut untuk melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala pasukan pendakwaan diketuai Sri Ram. – Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker