Jatuh bangun Zahid Hamidi, perancangan Allah mengatasi segalanya

SEJARAH baharu telah tercipta pada Jumaat, 2 Disember 2022 apabila buat pertama kalinya dalam negara ini, kita memiliki dua orang Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Ia belum pernah berlaku sejak kita mencapai kemerdekaan.

Sejarah yang kedua tercipta ialah apabila salah satu daripada jawatan TPM itu disandang oleh wakil dari Borneo.

Datuk Seri Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengisi kerusi bersejarah itu.

Dengan berbuat demikian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunaikan janji pilihan rayanya untuk mewujudkan sebuah kerusi TPM mewakili rakyat Sabah dan Sarawak.

Di sebalik pengumuman itu semua bersama senarai jemaah menteri yang lain, pelantikan seorang lagi TPM yang menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali menyandang jawatan berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dan juga kritikan.

Ini kerana nama Zahid menjadi bahan kempen utama Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang melabelkannya dengan satu undi untuk Barisan Nasional (BN) bermakna satu undi untuk Zahid.

Daripada Anwar sehinggalah ke Mat Sabu, Zahid dijadikan jenama menakut-nakutkan pengundi agar jangan mengundi BN.

Namun bagaimana hebat sekali pun perancangan manusia, hebat lagi perancangan Tuhan.

Zahid bukan sahaja gagal ditumpaskan, malah dengan 30 kerusi BN di belakangnya, beliau beralih daripada orang yang dimomokkan oleh PH kepada orang yang paling penting dalam perancangan kuasa politik Malaysia hari ini.

Tiba-tiba beliau menjadi sosok paling penting dalam drama politik tanah air sama ada kita suka atau tidak.

Tanpa sokongan dan kuasa penentu di tangannya, Anwar dan PH tidak dapat membentuk kerajaan sama ada di persekutuan mahupun di Perak dan Pahang.

Tanpa beliau juga, Anwar dan PH akan berhadapan dengan ketidaktentuan menjelang undi keabsahan pada 19 Disember nanti.

Percayalah, suka atau tidak, benci atau sayang, Zahid tidak dapat diketepikan daripada politik Malaysia saat ini.

Tanpa beliau dan BN, kerajaan masih tidak dapat dibentuk, Malaysia mungkin berada di bawah pemerintah kecemasan atau kita semua perlu kembali ke pusat mengundi untuk membuang undi sekali lagi dengan kos perbelanjaan berbilion ringgit terpaksa dikorbankan.

Betapa dahsyatnya kesan daripada fenomena Ponorogo ini (satu lagi nama atau panggilan yang sering dimomokkan ke atasnya) ialah, suara lantang watak-watak ‘mulut celupar’ seperti Rafizi Ramli dan Mat Sabu terus diam membisu seribu bahasa sehingga sekarang.

Seluruh negara masih ingat bagaimana Rafizi dalam satu rakaman video berkata beliau akan menjadi orang pertama yang bangun menentang seandainya PH memulakan langkah untuk bekerjasama dengan Zahid dan BN selepas PRU.

Tapi kini Zahid bukan sahaja tidak ditentang malah menjadi TPM dan dari sudut pangkat dan hirarki lebih tinggi daripada Rafizi dan Mat Sabu.

Paling klasik ialah kini bagaimana rakaman video pemimpin-pemimpin PH termasuk Anwar yang mendendangkan lagu dari filem P Ramlee “Hoi, Hoi Ya Hoi” ketika di pentas ceramah PRU mula bermain dan berkumandang di laman-laman media sosial semula.

Khalayak kini mentertawakan watak-watak politik ini sebagai watak yang semalam cakap lain, hari ini cakap lain.

Dan betapa ironisnya keadaan ini apabila Rafizi, Mat Sabu dan yang lain-lain yang sebelum ini melabelkan Zahid sebagai ‘kepala penyamun’ dalam lagu “Hoi, Hoi Ya Hoi” kini bukan sahaja terpaksa menelan air liur tapi berketua dan bertuankan orang yang mereka kutuk itu dalam kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia sekarang.

Zahid kini bergelar Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri manakala mereka sekadar Yang Berhormat (YB).

Dan bayangkan bagaimanakah mereka akan berhadapan dengan beliau dalam mesyuarat minggu kabinet setiap Rabu selepas ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker