Bukan Islam akur perlembagaan bukan kafir harbi – Mufti

Bukan Islam akur perlembagaan bukan kafir harbi – Mufti

Mufti Pahang Abdul Rahman Osman berkata pemimpin bukan Islam yang bersama dalam kerajaan pimpinan umat Islam dan akur dengan ketetapan pembinaan negara adalah “kafir zimmi”.

“Mereka akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong (berkenaan pembentukan kerajaan), akur dengan undang-undang negara, hak Islam, hak orang Melayu seperti mana termaktub, mereka ‘kafir zimmi’,” katanya, merujuk kepada DAP yang merupakan sebahagian daripada kerajaan semasa.

Dia juga berpandangan semua pihak termasuk DAP telah mematuhi dengan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung penubuhan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Abdul Rahman berkata orang bukan Islam terkeluar daripada kategori ‘kafir zimmi’ jika menentang Perlembagaan Persekutuan termasuk berkenaan kedudukan agama Islam dan orang Melayu.

“Semua pihak kena terima, tak boleh pertikai tentang kedudukan Islam dan hak orang Melayu seperti mana termaktub. Jika DAP pertikai itu bermakna mereka tidak faham.

“Kalau mereka cuba nak ubah kita kena tentang,” katanya.

Antaranya seorang penceramah PAS, Shahril Long yang dipercayai membangkitkan kerusi dimenangi DAP dalam PRU15 dan kedudukannya sebagai sebahagian dari kerajaan, dalam satu ceramah yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lalu.

“Parti lebai (PAS) dapat kerusi paling banyak, 49, kafir harbi dapat 40…Cuma sedih sedikit, yang mengaku pejuang agama dan bangsa tak ingin bergabung sesama umat Islam.

“Marah sangat pada kafir harbi, akhirnya bersama-sama kafir harbi,” katanya yang merupakan calon PAS di kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU 2018.

Untuk rekod, bukan semua daripada 40 ahli parlimen DAP bukan beragama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru orang ramai agar mengenepikan kecenderungan politik dan memberi fokus kepada usaha membina keharmonian negara.

Baginya, orang bukan Islam sebaiknya diberi kefahaman tentang Islam, bukannya dilabel seumpama itu.

“Orang bukan Islam yang patuh pada undang-undang negara tidak boleh dipanggil sebagai kafir harbi, kalau ada salah faham tentang Islam, kita kena beri kefahaman kepada mereka.

“Fikir kepentingan negara, rakyat. Kalau boleh kita nak semua pihak bergandingan, namun mungkin tidak boleh kerana ada parti tak sedia berada dalam kerajaan perpaduan,” katanya lagi.

‘Rujuk kitab muktabar’

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin pula berkata mana-mana pihak yang menggunakan label itu sebaiknya merujuk takrifan sebenar “kafir harbi”.

“Kalau kita rujuk kitab-kitab muktabar, kafir harbi ini merujuk kepada orang kafir yang memusuhi Islam, menghina Islam, memerangi umat Islam dan negara Islam. Dalam sebuah negara demokrasi kita hanya berbeza prinsip, perjuangan parti, pendapat, kaedah atau pendekatan mentadbir negara.

“Sesetengah pihak atau segelintir pendakwah yang berkata kita tidak patut bagi sokongan kepada kerajaan hari ini atas alasan kerajaan bersekongkol dengan kafir harbi adalah sentimen tidak tepat dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dia juga berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pihak tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Mk

Bukan Islam akur perlembagaan bukan kafir harbi – Mufti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker