Menangani gejala murtad dalam negara!

 

MURTAD adalah isu serius yang perlu ditangani dengan berhati-hati oleh orang Islam.

Perlakuan murtad boleh berlaku secara berkumpulan atas sebab-sebab tertentu seperti tidak mendapat layanan sewajarnya daripada pihak berwajib.

Dalam keadaan lain, murtad juga berlaku apabila seseorang itu mengikut ajaran-ajaran yang telah difatwakan sesat seperti Qadiyani, Ayah Pin, Rasul Melayu dan banyak lagi ajaran yang terpesong daripada akidah Islam.

Murtad juga pernah dilaporkan berlaku dalam kalangan remaja yang menyertai kumpulan-kumpulan tertentu – menyembah syaitan dan gerakan Jangan Ikut Tuhan (JIT).

Bagi sesetengah orang lain pula, murtad berlaku secara senyap sama ada berpegang dengan agama lain atau melakukan upacara yang terpesong daripada akidah Islam.

Atas sebab-sebab tertentu, golongan berkenaan tidak mahu dikenal pasti dan hanya melakukan aktiviti keagamaan mereka secara senyap-senyap sahaja.

Namun, bagi menjaga agama Islam sebagai agama negara mengikut Perlembagaan Persekutuan, perlakuan-perlakuan di atas tidak dengan sendiri menjadikan seseorang itu sebagai tidak Islam.

Di Malaysia, undang-undang mengenai murtad terdapat dalam beberapa bentuk iaitu sebagai kesalahan cubaan murtad sebagaimana terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah beberapa negeri seperti Perak, Melaka, Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan.

Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa secara spesifik untuk mengisytiharkan seseorang itu tidak lagi beragama Islam, manakala memurtadkan orang Islam pula telah dijadikan suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam. Kesalahan di bawah enakmen itu pula dibicarakan di Mahkamah Sivil.

Gaya hidup yang tidak memberi penekanan hidup beragama telah mendedahkan orang Islam kepada kerapuhan iman. Akhirnya keyakinan terhadap ALLAH akan terhakis dari masa ke masa.

Kemuncak krisis keyakinan terhadap ALLAH adalah tindakan seseorang ke arah murtad.

Jika diselak sejarah, banyak nama yang sering bermain di bibir apabila membicarakan isu murtad dan membuktikan memang terdapat usaha memurtadkan orang Islam.

Sebahagian orang Islam pula seolah-olah sudah tidak lagi sensitif kepada orang Islam yang mahu murtad.

Malah, terdapat sebilangan yang ‘membantu’ orang Islam murtad atas nama kebebasan beragama.

Apabila kepekaan dalam isu murtad sudah tidak lagi wujud dalam diri orang Islam, lama-kelamaan murtad akan dilihat sebagai norma biasa berlaku di negara kita.

KEMBALI JALAN SEBENAR

Apabila telah sampai ke tahap itu, umat Islam sudah terlambat daripada menggunakan segala usaha bagi mengembalikan orang yang telah murtad itu ke jalan sebenar.

Berselindung di sebalik Perlembagaan Persekutuan dengan mendabik dada mengatakan hak asasi manusia membenarkan seorang Islam itu murtad juga sebenarnya tidak mempunyai asas kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada mana-mana orang menganut dan mengamalkan agamanya.

Perkara 11(1) hanya mengatakan penganut agama Islam berhak menganut dan mengamalkan agama Islam.

Begitu juga penganut agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian bebas menganut serta mengamalkan agama mereka.

Perkara 11(1) tidak memberi hak kepada mana-mana orang bertukar-tukar agama. Pertukaran agama hendaklah dilakukan mengikut agama itu sendiri dan juga undang-undang berkuat kuasa.

Isu murtad tidak boleh dilihat berasingan daripada agenda menggasak agama Islam dari segenap sudut.

Beberapa tindakan berangkai sekarang ini boleh menjurus kepada menjauhkan umat Islam daripada sebarang bentuk tindakan atau organisasi agama di Malaysia.

Lama kelamaan umat Islam akan hidup jauh daripada agama dan dibebaskan daripada Islam serta institusinya.

Masalah murtad perlu ditangani secara bersepadu dan berhemah oleh semua pihak. Pengukuhan akidah, ibadah dan akhlak boleh diterap kepada umat Islam melalui undang-undang serta pendidikan.

Ia harus berjalan seiring bagi memastikan keberkesanan dakwah Islam.

Sayangnya umat Islam ketika ini lebih seronok membicarakan hal ehwal politik daripada bersatu padu bekerja bersama untuk melawan gejala merosakkan akidah umat.

Masing-masing mahu digelar juara dan menafikan peranan orang lain yang tidak bersama.

Mereka sahaja yang betul Islamnya dan sesiapa yang tidak menyertai organisasi mereka dianggap penentang. Inilah wabak sedang dihadapi umat Islam.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker