Kereta Mewah Cristiano Ronaldo sudah Dipindahkan, Akan Ucap Bye-Bye Kepada Manchester United

Kereta Mewah Cristiano Ronaldo sudah Dipindahkan, Akan Ucap Bye-Bye Kepada Manchester United

PADA minggu lalu, Cristiano Ronaldo dan Manchester United telah mencapai kata sepakat untuk berpisah haluan dalam arena bola sepak.

Bintang Portugal yang berumur 37 itu kini sedang bermain dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dalam kesibukkannya, Ronaldo dilihat masih sempat memindahkan kereta mewahnya iaitu Cadillac Escalade dan Bentley Flying Spur yang masing-masing berharga 150,000 euro (RM692,000) dan 300,000 euro (RM1.3 juta).

Pengamal media melaporkan telah melihat kenderaan tersebut dikeluarkan dari rumah sewa Ronaldo di Alderly Edge, Cheshire yang bernilai 5 juta euro (RM 23 juta).

Menurut sumber, Ronaldo sangat menyayangi keretanya dan apabila perpisahannya bersama Manchester United telah diputuskan, dia terus memindahkan asetnya itu.

“Dia melakukan perkara yang sama ketika meninggalkan Juventus untuk pergi ke Manchester United.

“Georgina (pasangan Ronaldo) sedang menguruskan semuanya dan kemungkinan besar Ronaldo tidak akan kembali semula ke United Kingdom (UK),” kata sumber tersebut.

Ronaldo mengakhiri musim keduanya bersama Manchester United secara pramatang melalui persetujuan bersama selepas dia menghadiri temu bual kontroversi dalam rancangan televisyen Piers Morgan.

Dalam temu bual itu dia mengakui merasakan dirinya dikhianati Manchester United dan mengkritik pengurus kelab Erik ten Hag. –The Sun 

Kereta Mewah Cristiano Ronaldo sudah Dipindahkan, Akan Ucap Bye-Bye Kepada Manchester United

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker