Menteri ‘kali pertama’ PKR membimbangkan – Tian Chua
Menteri ‘kali pertama’ PKR membimbangkan – Tian Chua
Bekas naib presiden PKR Tian Chua menzahirkan kebimbangan bahawa kebanyakan daripada lapan menteri yang dinamakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim daripada partinya ialah muka baharu.
Selain Anwar dan Rafizi, enam lagi anggota Jemaah Menteri daripada PKR terdiri daripada Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan), Dr Zaliha Mustafa (Menteri Kesihatan), Chang Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi), Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi Digital).
Fadhlina dan Zaliha ialah Ahli Parlimen penggal pertama.
Selain Anwar, hanya Saifuddin yang berpengalaman dalam pentadbiran persekutuan. Setiausaha agung PKR itu ialah bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna selepas PH mengambil alih Putrajaya selepas PRU14.
“Saya risau kerana kebanyakan menteri PKR baru pertama kali (menjadi menteri),” kata Tian Chua kepada FMT.
“Mereka tiada pengalaman, jadi saya harap timbalan mereka ada (pengalaman).”
Bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut menyifatkan tindakan Anwar menamakan dirinya sebagai menteri kewangan dan Rafizi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) sebagai langkah yang “sangat berisiko” untuk PKR.
Anwar ialah pengerusi Pakatan Harapan (PH), manakala Rafizi timbalan presiden PKR.
“Mereka mesti buktikan bahawa mereka boleh membawa perubahan positif; jika tidak, pihak lain akan mengkritik mereka dengan teruk,” kata Tian Chua.
Jemaah Menteri semasa terdiri daripada 15 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menerusi PKR, DAP, Amanah dan Upko; enam orang daripada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno; lima daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi PBB, PRS dan PDP; serta seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi Bersatu Sabah. FMT
Menteri ‘kali pertama’ PKR membimbangkan – Tian Chua
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi