Kes DSP bunuh pelajar, keluarga mula redha pemergian Allahyarham namum mahu keadilan

IPOH – Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar yang maut dibunuh dengan cara  dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat, mula dapat menerima kehilangannya.

Bapa saudara mangsa, Abdul Razak Judin, 48, berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian pelajar itu.

“Setakat ini ibu bapa dan keluarga mangsa Alhamdulillah sudah boleh menerima apa yang telah berlaku dan kita semua reda dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, pada Isnin.



Abdul Razak tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi, bersama-sama dua saudaranya, Mohd Nizam Abdullah, 43 dan Ahmad Faizal Jaafar, 47 bagi mewakili keluarga sebagai pemerhati.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan dilakukan peguam yang telah dilantik.

Sementara itu, pekarangan Mahkamah Majistret di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, mula dipenuhi oleh orang ramai untuk melihat apa yang berlaku.

Ekoran daripada itu, kawalan keselamatan turut ditingkatkan, termasuk memastikan kelancaran trafik di hadapan bangunan mahkamah.



Kelihatan puluhan pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan dan kehadiran orang ramai.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker