Langgar Lari 3 Motosikal Dalam Tempoh 1 Jam, Netizen Buru Pemandu BMW (Video)

Langgar Lari 3 Motosikal Dalam Tempoh 1 Jam, Netizen Buru Pemandu BMW (Video)

Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook dan TikTok, tiga video yang memaparkan kemalangan melibatkan sebuah BMW dengan beberapa penunggang motosikal.

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Muqri Abdul Jabar, abangnya merupakan salah seorang rider penghantar makanan yang telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW berwarna gelap.

Lebih teruk lagi, pemandu BMW itu memecut laju meninggalkan abangnya begitu sahaja di tempat kejadian.

Selang beberapa jam selepas itu, dua lagi rakaman dashcam di mana pemandu BMW yang sama telah melanggar dua lagi rider berasingan. Menurutnya, ketiga-tiga kemalangan tersebut berlaku dalam tempoh satu jam.

Sehingga kini, orang ramai telah berkongsikan video berkenaan bagi membantu mangsa-mangsa yang tidak bersalah untuk menangkap pemandu BMW terbabit.

Meninjau di ruangan komen, ada saksi yang menyatakan memang pemandu BMW itu membawa keretanya dalam keadaan sangat berbahaya sehin

gga hampir menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

“Aku rasa dia ada dendam dengan semua rider motor kut,” tulis seroang netizen.

“Bukan motor je dia sodok, kereta pun dia sodok. Baru semalam terserempak dengan kereta ni dekat area situ, rasanya dia memang duduk area sana-sana je,” tulis seorang lagi pengguna TikTok. Bn

Langgar Lari 3 Motosikal Dalam Tempoh 1 Jam, Netizen Buru Pemandu BMW (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker