Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur kumpulan wang kutu

Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur kumpulan wang kutu

BUTTERWORTH – Seorang peniaga nasi lemak didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menganjurkan kumpulan wang kutu pada tahun 2018.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus menetapkan keputusan denda RM50,000 dan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda selepas tertuduh, Nor Jaimah Kamarudin, 38, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, Nor Jaimah didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu kepada lima individu menerusi laman sosial Facebook.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini antara Januari hingga Ogos 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 3(1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Mohd Iqbal Mohd Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam Shamsher Singh Thind.

Terdahulu Shamsher Singh dalam rayuannya memohon mahkamah meringan hukuman terhadap anak guamnya kerana ia merupakan kesalahan pertama tertuduh selain bekerja sebagai peniaga nasi lemak dan mempunyai tiga anak lelaki berusia empat hingga lapan tahun.

Namun Mohd Iqbal meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam agar tidak terlibat dalam kegiatan itu.

Mohd Iqbal berkata, kesalahan itu adalah serius kerana ia bukan kaedah kutu tradisional sebaliknya tertuduh menawarkan kutu dengan pulangan keuntungan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin.

Tambah Mohd Iqbal ini merupakan kes pertama pihaknya melakukan pendakwaan selepas pindaan Akta 28 dilakukan.

Terdahulu, tertuduh membayar denda tersebut cuba melarikan diri melalui pintu belakang mahkamah bagi mengelakkan gambar dirakam pihak media.

Sebelum ini, Nor Jaimah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang pada September 2020 sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Butterworth susulan kebanyakan saksi berada di negeri ini. MG

Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur kumpulan wang kutu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker