Ini menteri-menteri bekas pelajar MCKK dalam kabinet Anwar

SHAH ALAM – Tiga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganggotai Parlimen Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Antara bekas pelajar MCCK adalah Anwar yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di MCKK pada tahun 1960 hingga 1966.

Rafizi pula pada tahun 1990 hingga 1994 manakala Tengku Zafrul tidak menyatakannya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 15 bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Persatuan Pelajar Tua Kolej Melayu (MCOBA) menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan, bekas pelajar tersebut terdiri daripada enam calon daripada Pakatan Harapan (PH), empat (BN), tiga Perikatan Nasional (PN) manakala seorang calon bagi Pas dan Pejuang.

Antara bekas pelajar MCCK yang bertanding bagi kerusi Parlimen adalah Pengerusi PH, Anwar; Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli; Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker