Kabinet Perpaduan: PM tekad pulihkan keyakinan peniaga dan pelabur

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sebenarnya ‘tidak cenderung’ untuk memegang jawatan Menteri Kewangan, namun menurutnya satu pendekatan perlu dilakukan untuk memulihkan keyakinan terhadap ekonomi, peniaga dan pelabur asing.

“Saya fikir pada peringkat permulaan ini biar saya teruskan,” katanya dan menambah, di Kementerian Kewangan beliau akan dibantu oleh pasukan mantap yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, penjawat awam serta para penasihat yang tidak membebankan kewangan kerajaan.

Beliau berkata urusan kerajaan di Kementerian Kewangan yang diterajuinya akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican.



Anwar berkata demikian dalam sidang media hari ini sejurus selepas mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini, ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk memegang portfolio Menteri Kewangan.

Pada 25 Nov lepas, Anwar dilaporkan berkata tidak akan mempertimbang untuk memegang portfolio Menteri Kewangan bagi barisan Kabinetnya, namun akan melihat segala kemungkinan sebelum membuat keputusan akhir mengenainya.

Ditanya penjimatan yang dapat dilakukan melalui saiz Kabinet yang kecil, Anwar berkata ia dapat dilakukan sekiranya pembaziran dapat dielak serta perbelanjaan sia-sia dikurangkan, dan ia akan dimulakan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’



Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker