Pemilik terkejut kucing hitam bawa balik kepala aligator

Seekor kucing hitam (gambar atas) membawa balik kepala aligator di Wisconsin baru-baru ini. – Foto Fox6

MADISON – Seekor kucing hitam mengejutkan pemiliknya selepas ia mengheret kepala seekor aligator ke halaman rumah tuannya di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), lapor stesen televisyen Fox 6 Milwaukee kelmarin.

Pemilik kucing hitam tersebut,  Wendy Wiesehuegel terkejut apabila haiwan peliharaannya  yang bernama Burnt Toast  membawa pulang penemuan di luar jangkaan itu. Pada mulanya, jiran-jiran wanita itu menyangka Burnt Toast mengheret bangkai ikan besar.

Ketika bercakap kepada  stesen televisyen tersebut, Wiesehuegel berkata, haiwan peliharaannya kelihatan seperti sangat bangga semasa  membawa pulang kepala aligator tersebut.

Terkejut dengan kejadian itu, wanita berkenaan menghubungi Jabatan Sumber Asli, manakala seorang kakitangan pemuliharaan, Tim Aspenson menyatakan bahawa ahli-ahli biologi hidupan liar perlu mengesahkan ia kepala seekor aligator.

Wiesehuegel memberitahu, dia mungkin pernah melihat aligator itu di sebuah tasik berhampiran rumahnya beberapa hari sebelumnya.

Sementara itu, Aspenson berkata bahawa dia  percaya kepala itu berasal daripada aligator sebenar yang berkemungkinan memiliki panjang 0.91 meter.

Menurutnya, aligator tersebut mungkin haiwan peliharaan yang berjaya lolos atau dilepaskan ke habitat liar oleh pemiliknya.

Bagaimanapun, Aspenson  tidak dapat memastikan bagaimana nasib haiwan itu berakhir tanpa kepala.

Aligator ialah reptilia mirip buaya yang hidup di habitat liar  di AS. –Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker