Fatin Afeefa selamat berkahwin, kini isteri jutawan?

FATIN bernikah kira-kira pukul 8.40 malam tadi di sebuah majlis bertempat di Subang Jaya, Selangor.

 

PETALING JAYA – Tiada angin, tiada ribut pelakon jelita Fatin Afeefa dikhabarkan selamat bernikah dengan seorang lelaki berstatus jutawan bernama Aliff Awang.

Majlis pernikahan baru sahaja diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Menurut sumber, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 8.40 malam tadi.



Berita perkahwinan mengejut tersebut turut dikongsikan jurusolek ternama tanah air, Datuk Alha Alfa yang bertindak mengoles atau mencantikkan pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Tentang Bulan itu.

“Fatin Afeefa, congrats dear,” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin yang memakai busana pengantin serba putih.

Sementara itu menerusi entri berbeza, Alha turut berkongsi sekeping foto Fatin yang jelita selepas mendapatkan sentuhan magis solekannya.

“Terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya,” tulisnya.



Bagaimanapun, sehingga kini Fatin atau nama lengkapnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin tidak memuat naik sebarang perkongsian atau berkongsi tentang hari bahagianya itu.

Bulan lalu, Fatin, 28, sepertinya memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang namun tiada perincian lanjut.

Sebagai info, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.



Dalam pada itu, daripada perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Adam, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker