Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail

#PRU15

Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail

Kenyataan Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, tidak menggambarkan sokongan ahli akademik seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenyataan yang dikeluarkan G70 hanya mewakili sebahagian kecil profesor.

Katanya, perkara itu juga sudah dinafikan Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

“Saya sudah berhubung dengan Presiden MPN dan beliau menafikan kenyataan itu mewakili profesor seluruh negara.

“Kenyataan kumpulan itu tidak mewakili keseluruhan profesor di negara ini dan dianggap hanya untuk mengelirukan rakyat,” katanya ketika ditemui di Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dataran Kerayong, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Program berkenaan dihadiri lebih 1,000 pengunjung itu menampilkan persembahan artis terkemuka.

Beliau berkata, sudah menjadi lumrah kerana tidak semua profesor akan memberikan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri.

Semalam, G70 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Dalam sidang media di Petaling Jaya, Jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70, Prof Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud, berkata hanya Anwar tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti untuk memimpin masyarakat majmuk. BH

Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker