Teman lelaki redha pemergian Syazlin Zainal

Teman lelaki redha pemergian Syazlin Zainal

Shaf Pablo, teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal yang maut selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru redha dengan kehilangan wanita itu.

“Terima kasih untuk segalanya sayang. Saya tidak akan lupa semua kenangan manis, suka dan duka kita bersama.



“Allah pinjamkan awak bersama saya betul-betul sekejap. Saya perlu terima setiap yang hidup mesti akan berasa mati dan perkara yang paling hampir dengan kita adalah kematian serta benda yang paling jauh dengan kita adalah hari semalam (kelmarin).

“Siapalah saya untuk menolak qada dan qadar. Walaupun berat saya cuba yang terbaik untuk diri ini.
“Sayang percayalah saya akan cuba sedaya upaya yang mampu untuk kuat harungi liku-liku kehidupan ini berseorangan tanpamu,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Syaf yang hadir di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 jam 10 malam tadi turut mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Semangat dan impian sayang akan saya bawa bersama sampai tiba masa saya bersama dengan awak di sana kelak.

“Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tenanglah disana sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu . Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal,” tulisnya lagi.



Kelmarin,, Syazlin yang juga pelakon drama Oh My Hantaran disahkan meninggal dunia selepas jatuh di tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. MG

Teman lelaki redha pemergian Syazlin Zainal


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker