Umpama lempar beret hijau ke lumpur

Umpama lempar beret hijau ke lumpur

Melaka: “Sebagai bekas komando kesalahan yang kamu lakukan ini mencalar nama baik tentera Malaysia dan kor komando. Ia seolah-olah melemparkan beret hijau kamu ke lumpur.”

Demikian tegas Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid ketika menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas komando, Zulkifli Bakar, 61, dan adik iparnya, Norizan Abu Seman, 51, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyeludup lima lelaki migran Indonesia tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh di sini, hari ini.



Beliau berkata, kesalahan dilakukan kedua-dua tertuduh mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 adalah serius kerana risiko membabitkan keselamatan negara.

“Saya agak kecewa dan berharap episod kehidupan ini memberi pengajaran besar kepada kamu untuk tidak terbabit dalam apa juga kesalahan apatah lagi membabitkan kesalahan negara,” katanya sambil menambah beliau pernah mempunyai seorang pemandu bekas komando berdisiplin dan bermaruah tinggi.

Terdahulu ketika disoal Mohd Radzi, kedua-dua tertuduh menjelaskan mereka sukarela mengaku dan faham sebab serta akibatnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan terhadap setiap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap pada 6 Ogos 2019.



Mengikut pertuduhan, Zulkifli dan Norizan didakwa bersama-sama menyeludup lima migran Indonesia iaitu Agus Salim yang berasal dari Dumai, Yustriono Travijaya (Medan) serta Amal Suvia, Muhammad Ibrahim dan Iqbal (Aceh) di sebuah rumah di Lot 3469, Jalan Tanjung Bidara, Masjid Tanah, pada 6 Ogos 2019, kira-kira 12.30 tengah malam.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, peguam Azrul Zulkifli Stork ketika merayu hukuman ringan berkata, kedua-dua tertuduh amat menyesal dan berjanji itu adalah kesalahan pertama dan terakhir.

Katanya, lebih tiga tahun berada di penjara sejak ditangkap pada 6 Ogos 2019 mengajar anak guamnya erti kehidupan dan kebebasan termasuk apabila perbicaraan kes tertangguh akibat pandemik Covid-19.



“Ketika ditangkap Zulkifli bekerja sebagai pemandu lori, manakala Norizan seorang nelayan. Kedua-dua tertuduh tidak henti menyalahkan diri sendiri kerana ‘hukuman’ paling berat bagi mereka apabila mengetahui keluarga makin sengsara sejak mereka ditahan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nabilalif Mohd Rosli bagaimanapun berhujah supaya kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat untuk tidak mengulangi kesalahan sama. HM

Umpama lempar beret hijau ke lumpur


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker