Remaja mabuk bergaduh ditahan di Banting

Tangkap layar pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki rebah dipukul menggunakan topi keledar di sekitar Kuala Langat, baru-baru ini

KUALA LANGAT – Empat lelaki termasuk remaja yang mabuk terlibat dalam pergaduhan di Banting sehingga tular sebelum ini berjaya diberkas dalam tiga serbuan berasingan baru-baru ini.

Kesemua mereka termasuk mangsa yang dipukul berusia 18 hingga 26 tahun ditahan antara pukul 1.30 pagi higga 11 malam, Khamis lalu sekitar Genting Highlands di Pahang dan Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, tangkapan pertama melibatkan individu yang dipukul dengan topi keledar dalam pergaduhan itu sebelum disusuli seorang remaja yang turut berada semasa berlakunya kejadian itu.

Katanya, berdasarkan maklumat kemudiannya membawa penangkapan dua lagi individu.



“Mereka adalah yang memukul mangsa menggunakan topi keledar dan tangan.

“Kedua-duanya kini direman empat hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati kesemua individu yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kosmo! Online pada Khamis lalu melaporkan pergaduhan tiga lelaki sekitar daerah ini yang tular di media sosial semalam adalah disebabkan berada dalam keadaan mabuk



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker