Cliff Umar enggan ulas dakwaan abai anak-anak
Cliff Umar enggan ulas dakwaan abai anak-anak
Penyanyi Cliff Umar, 39, enggan mengulas dakwaan bekas isteri berhubung isu nafkah anak-anak yang dikatakan gagal ditunaikan sejak sedekad lalu.
Cliff yang selesa dipanggil Boy mengambil pendekatan enggan mengaibkan bekas isteri dan lebih selesa memberi fokus kepada usaha mencari rezeki.
“Kalau saya perlu membuat kenyataan mengenai peribadi, saya akan meletakkan diri dalam situasi yang sama dengan pihak sana.
“Apabila saya letakkan diri dalam situasi pihak sana, adakah saya akan membuka aib dia?
“Perlukah saya berbuat begitu? Tak perlulah. Dia emak, dia mesti nak kejar sesuatu untuk anak-anaknya… Tak salah.
“Saya pun ada salah,” katanya pada sidang media Konsert Kolaboraci Three To Rock di Hard Rock Cafe di sini, hari ini.
Baru-baru ini, tular video TikTok yang antara lain memaparkan seorang wanita mendakwa bekas isteri Cliff, mendedahkan penyanyi itu mengabaikan nafkah anak-anak.
Wanita terbabit merayu Cliff bertanggungjawab ke atas anak-anak dalam aspek perbelanjaan.
Dalam perkongsian itu, wanita terbabit mendakwa terpaksa meminta pertolongan mendapatkan kediaman, malah, Cliff dikatakan tidak mengendahkan anak-anak ketika sakit.
Ditanya mengenai jalan penyelesaian, Cliff berkata, pembabitannya dalam Konsert Kolaboraci Three To Rock yang akan dipentaskan di SMESCO Convention Hall, Jakarta, Indonesia pada 25 November depan menjadi salah satu usahanya.
“Saya cuba dan mana ada peluang untuk saya terbabit, saya akan masuk. Tak senang main muzik di sini, anda semua pun tahu.
“Saya naik dan turun, keluar televisyen (TV) kejap, tapi mana hak saya dalam industri selepas lebih 20 tahun, tiada orang kenal pun.
“Sebab saya tak kejar semua itu, saya tak kejar populariti,” katanya.
Sehubungan itu, juara program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh itu mengaku kurang senang apabila kes peribadi kembali digembar-gemburkan.
“Saya sudah sampai tahap bosan, ada lagi ke? Bosanlah dengar.
“Apabila saya keluarkan lagu, tiada orang sibuk. Saya sudah berpuluh tahun tulis lagu, tiada pula orang pertikai apabila saya keluar lagu baharu,” katanya. BH
Cliff Umar enggan ulas dakwaan abai anak-anak
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’