BN mampu menang PRU15 jika…
#PRU15
BN mampu menang PRU15 jika…
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Katanya, jika semua ahli UMNO mengundi pada PRU kali ini, selain bekerja lebih kuat, usaha itu mampu direalisasikan.
“Bagaimanapun untuk mendapatkan majoriti yang banyak memang susah hendak cakap tetapi saya yakin BN boleh kembali,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Siri Dialog PRU-15: Apa Masalah Sistem Kita, Perundangan dan Politik di Majlis Profesor Negara (MPN) di sini, hari ini.
Akuinya, ketiadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberi kesan kepada PRU15 kerana ramai pengundi muda yang sukakan beliau.
“Cuma tidak tahu (pilihan) pengundi muda kesan daripada ketiadaan Najib kerana jika beliau ada (pada PRU15) saya lebih yakin.
“Pengundi muda atau pengundi baharu yang seramai lima juta orang ini saya tidak tahu (pendirian mereka), susah nak cakap. Tetapi sudah pasti akan terjejas sedikit kerana Najib pemimpin yang banyak berjasa,” katanya.
Selain itu, Mohd Zaid berkata untuk menang pada PRU kali ini, beliau berharap pemimpin parti yang mempunyai kelemahan atau sebarang isu ketika ini memperbaiki kelemahan yang ada.
“Kita perlu saling tolong menolong. Orang yang ada kelebihan tolong (orang yang memerlukan). Kita tiada pilihan lain selain bersatu dan pastikan kemenangan BN,” katanya.
Sementara itu, Mohd Zaid turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi PRU15.
Katanya, tindakan pemimpin berkenaan yang degil itu amat menyusahkan orang ramai serta sudah pasti akan membazirkan wang kerajaan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri pula selepas ini.
“Setiap kali kita buat pilihan raya akan belanjakan RM600 juta hingga RM700 juta, dan wang itu sebenarnya boleh digunakan untuk membuat sekolah, sebagai subsidi atau pelepasan hutang.
“Tapi negeri (enggan bubarkan DUN) ini degil dan nak tunjukkan dia berkuasa dengan tidak mahu bubarkan DUN.
“Bagi saya ini satu tanda yang kalau negara kita nak maju, kita tidak boleh ada pemimpin yang memikirkan pasal mereka saja, dia tidak fikir kepentingan umum kerana bazirkan duit, buang masa, menyusahkan orang dan mungkin mereka akan tewas,” katanya.
Ditanya sama ada akan bertanding pada PRU15, Mohd Zaid berkata beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian namun sedia membantu parti jika diperlukan. BH
BN mampu menang PRU15 jika…
Baca Artikel Menarik:
- Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?
- Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN
- Anne Ngasri bantu jentera parti
- Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO
- BN sasar sekurang-kurangnya 112 kerusi – Tok Mat
- 200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH
- Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari
- Latiff takut nak bertanding?
- Tengku Zafrul dedahkan sebab sertai BN bukan PN
- Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan
- PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi
- Siasah UMNO Berakar Umbi… Jangan Lupa Hinaan Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam
- Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”
Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO
Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu
You must be logged in to post a comment.