Jangan ghairah ambil contoh pendidikan luar negara

Jangan ghairah ambil contoh pendidikan luar negara

Malaysia perlu melaksanakan kaedah ‘Universal Design for Learning’ (UDL) untuk menggantikan pendekatan yang terlalu berpusat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengesyorkan perkara itu berkata ia bertujuan membina fleksibiliti dan memudahkan sebarang perubahan mengikut konteks tempatan dalam pelan pembelajaran dan pengajaran (PdP) sekolah.pembelajaran dan pengajaran (PdP) sekolah.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menasihatkan supaya jangan terlalu ghairah mengambil contoh luar negara sedangkan negara yang dicontohi itu pun menukar sistem lain yang lebih berkesan.

“Apatah lagi acuan luar negara menekankan perlunya fasilitasi, masa mengajar dan kemudahan untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelajar.

“Dalam konteks yang lebih besar, desentralisasi pendidikan amatlah penting bagi pihak sekolah mengadaptasi pelan pembelajaran dan pengajaran mereka kepada perubahan pada tahap nasional.

“Ia juga akan menjadikan pihak sekolah lebih efektif dan efisyen dalam menjalankan pelan pendidikan mereka menurut konteks, budaya dan sumber yang ada pada tahap tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga berharap supaya fokus turut diberikan merangkumi isu pendidikan luar bandar contohnya di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung.

Tambahnya, kawasan pinggir bandar yang bergelumang dengan kesukaran untuk mendapatkan akses internet tidak memuaskan turut perlu diberi perhatian.

Selain itu, tegasnya pandangan guru juga tidak seharusnya diremehkan sebaliknya ia perlu dijadikan maklum balas berfaedah demi memperbaiki sistem pendidikan negara.

“Isu dibangkitkan oleh cikgu (Mohd) Fadli (Mohamed) Salleh wajar dijadikan maklum balas yang bermanfaat dan janganlah dianggap sebagai ancaman dalam sistem pendidikan negara.

“Dalam konteks ini realiti zaman dan sifat realistik perlu ada. Bak kata cikgu Fadli jangan hanya nak samakan silibus sahaja dengan zaman dan negara maju yang lain. Perlu juga samakan dengan aspek fasiliti, masa mengajar, kemudahan,” katanya.

Isu membabitkan guru Matematik, Mohd Fadli tular di media sosial baru-baru ini kerana mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Mohd Fadli menerusi Facebooknya berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi masalah dengan ibu bapa murid.

Beliau yang juga guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertuduhan. BH

Jangan ghairah ambil contoh pendidikan luar negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker