Buaya Sambar Budak 8 Tahun Maut Ketika Mandi Bersama Rakan

Buaya Sambar Budak 8 Tahun Maut Ketika Mandi Bersama Rakan

LOMBOK: Seekor buaya besar dilapor menyerang dan memakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Indonesia ketika mangsa mandi bersama rakan-rakan di sebuah sungai.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dua hari kemudian.



Kejadian ngeri itu berlaku pada Rabu di Pulau Buru, lapor portal Tribunnews.

Mangsa yang dikenali sebagai Suci Ramadhani difahamkan sedang mandi bersama rakan-rakannya ketika diserang buaya berkenaan di sungai di daerah Teluk Kayeli.

Penduduk yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menikam buaya dengan tombak ketika kepala kanak-kanak itu terkeluar dari mulut haiwan tersebut lalu membunuhnya.

Namun, ketika perut buaya itu dibelah, mereka bagaimanapun tidak menemukan jasad kanak-kanak tersebut.



Mayat mangsa hanya ditemukan pada awal pagi Jumaat, dua hari selepas kejadian.

“Sungai ini memang diketahui dipenuhi buaya air masin.

“Sekurang-kurangnya dua serangan buaya telah terjadi dalam 10 tahun terakhir,” kata pihak berkuasa.

Indonesia merupakan habitat kepada beberapa spesies buaya, dan serangan seumpama itu biasa terjadi di mana populasi manusia dan reptilia berkenaan hidup.



Buaya Sambar Budak 8 Tahun Maut Ketika Mandi Bersama Rakan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin



Zul Yahya Tampil Bersuara Isu KJ Nak Susahkan AntiVaksin – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker