Harapan pada Ismail Sabri

PERTAMA diucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Sebagai seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan, ia adalah satu penghormatan yang besar. Apalagi untuk seorang anak Pahang.

Sekolah Menengah Teknik Kuantan pernah melahirkan ramai orang politik dan pendidikan yang ternama. Antaranya Tan Sri Lau Yin Pin, Tan Sri Hamad Kama Piah, Datuk Seri Mohd Sharkar, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar, Datuk Daing Malek, Tan Sri Noh Omar, Tengku Zulpuri, Cheam Tat Lin, Datuk Seri Ir Mohd Noor Yaacob dan Datuk Hamid Ali selain ratusan yang menjadi penjawat awam, wakil rakyat, ahli Parlimen, ahli akademik, angkatan tentera serta artis.



Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah kemuncak kepada para lepasan sekolah itu walaupun beliau belum diuji dengan permainan politik dan kita mengharapkan yang terbaik daripada beliau dalam melaksanakan tugasnya.

Ada tiga perkara untuk perhatian Ismail Sabri yang boleh diketengahkan apalagi buat seorang orang kurang upaya (OKU) seperti saya.

Tiga perkara yang mahu saya sampaikan ialah kebajikan OKU, orang asli dan nasib penulis.

Diharapkan Perdana Menteri dapat memperkukuh kedudukan golongan OKU terutamanya dari aspek memperoleh hak dan layanan lebih setara serta adil.



Mungkin segala masalah, harapan, rintihan dan aduan golongan OKU yang kedengaran tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak termasuk dari kalangan orang politik hingga kepada menteri.

Jumlah golongan OKU dikatakan mencapai 15 peratus atau lebih kurang 4.3 juta orang.

Kita sudah ada senator barangkali seorang OKU perlu dilantik sebagai menteri yang sekali gus boleh mendesak kerajaan menunaikan permintaan golongan OKU yang semakin ramai kini.

Selain itu, isu yang masih terus berpanjangan dan relevan untuk diperjuangkan ialah kesukaran OKU memperoleh peluang pekerjaan baik di sektor awam dan swasta.



Di samping itu, masih ada kekurangan pelbagai kemudahan awam untuk OKU menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan teratur.

OKU juga memerlukan ramp dan railing untuk kerusi roda, eskalator dan lif khas.

Apalagi tempat parkir kenderaan dan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU seperti perkhidmatan bas dan komuter yang boleh ditambah baik dan menambah jumlahnya di kawasan bandar.

Begitu juga dengan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan untuk memperjuangkan keperluan dalam survival hidup OKU.



OKU tidak mengharap belas kasihan, simpati dan ihsan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

OKU mahu berdikari, dilatih dan dibimbing. Dengan peluang kerja yang terhad dan sedikit,mereka perlu meneroka peluang dalam bidang perniagaan atau keusahawanan.

Selain itu, pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat orang asli terutama pencerobohan tanah oleh pihak berkepentingan yang dilihat makin meningkat saban tahun.

Juga hak untuk menentukan adat sendiri masih tiada, hak untuk mendapatkan tanah adat sehingga sekarang masih belum menjumpai kata putus.



Ditambah bentuk bantuan dan pendekatan yang diberikan oleh kerajaan, NGO atau agensi luar lebih kepada bentuk bantuan. Ini menyebabkan keberterusan kebergantungan orang asli dengan pihak tersebut dan bukan program-program yang lebih kepada pemerkasaan masyarakat orang asli itu sendiri.

Terdapat pelbagai pelan strategik yang ditubuh atau diuar-uarkan namun ia tidak diterjemah kepada bentuk fizikal iaitu tiada perlaksanaan yang komprehensif.

Struktur pihak Jakoa mesti diperkukuhkan dengan menempatkan pegawai yang memiliki semangat jitu dalam membantu masyarakat orang asli.

Saya juga ingin mengutarakan masalah dihadapi oleh penulis seperti penipuan penerbitan terhadap karya penulis, masalah hak cipta, masalah penjualan karya, masalah penampungan karya, masalah penerbitan karya dan masalah royalti.



Masalah besar yang dihadapi oleh para penulis ialah untuk memasarkan karya yang diterbitkan sendiri.

Kebanyakan kedai buku yang terkenal tidak mahu mengambil karya-karya yang datang langsung dari penulis, mereka mahu karya yang datang melalui penerbit.

Mungkin Perpustakaan Negara tidak memberi perhatian kepada novel-novel popular atau picisan dan mengutamakan karya daripada para penulis yang sudah ada gelaran seperti penerima Hadiah Sastera.

Sepatutnya Perpustakaan Negara turut memberi keutamaan kepada karya bercorak akademik dan karya kreatif serius yang layak untuk bacaan umum.

*Mohd Fudzail Mohd Nor ialah seorang OKU yang pernah menjadi CEO syarikat di Dubai dan Abu Dhabi serta pernah memenangi lima Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Harapan pada Ismail Sabri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mereka Hendak Bunuh Karier Politik Saya – Tok Mat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker