Ismail Sabri tidak langgar SOP ziarah kubur: MKN

Ismail Sabri tidak langgar SOP ziarah kubur: MKN

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menziarahi kubur ibu bapanya di Temerloh, Pahang, tidak membabitkan sebarang pelanggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, aktiviti ziarah kubur adalah dibenarkan selagi ia mematuhi SOP am dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan fasa ditetapkan kerajaan.

“Sebenarnya tiada SOP khusus mengenai ziarah kubur di luar musim perayaan kerana aktiviti ini tidak selalu dan bukan menjadi amalan yang mesti (kemestian) bagi semua orang.

“Negeri Pahang kini merupakan negeri di bawah Fasa dua dan tiada sebarang SOP khusus ditetapkan oleh negeri tersebut berhubung larangan menziarah kubur.

“Tidak ada isu berbangkit dan tidak ada pelanggaran apa-apa (SOP) yang dilakukan Perdana Mnteri sebab saya lihat beliau mematuhi SOP am iaitu jaga penjarakan memakai pelitup muka,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Justeru Rodzi berkata, tiada larangan juga dikenakan kepada orang awam yang mahu menziarahi tanah perkuburan asalkan mematuhi SOP ditetapkan.

“Tidak ada halangan kepada orang awam untuk ziarah kubur tetapi paling penting jaga jarak dan pakai pelitup muka.

“Mereka juga perlu patuh pada SOP PKP mengikut fasa ditetapkan. Tidak boleh merentas daerah atau negeri, untuk menziarahi kubur jika belum dibenarkan,” katanya.

Netizen mengecam tindakan Ismail Sabri yang menziarahi kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang.

Ismail Sabri dilapor meluangkan masa kira-kira setengah jam membacakan Yasin dan doa untuk ibu bapanya. Sinar

Ismail Sabri tidak langgar SOP ziarah kubur: MKN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker