Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Ahmad Sarji

Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Ahmad Sarji

Dengan penuh sedih dan rasa sugul, kami menerima berita akan pemergian Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji yang dikasihi. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Tun di syurga.

“Tika detik yang amat memilukan ini, Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan keluarga sentiasa berada dalam ingatan dan doa kami.

“Segala khidmat dan bakti mulia yang Allahyarham Tun curahkan buat Malaysia sudah dikenali umum dan akan sentiasa diingati oleh rakan dan taulannya.

“Buat kami di Oxford, Allahyarham Tun akan senantiasa dikenang atas setiap sokongan dan usahanya buat Pusat Pengajian Islam Oxford. Kami bertuah mengenali Allahyarham Tun sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah selama lebih dua dekad. Allahyarham telah berkhidmat dengan komitmen tinggi dan penuh cemerlang, malah nasihat bernasnya pasti akan dirindui.”

Pengarah Pusat Pengajian Islam Oxford, Dr Farhan Nizami, berkata Allahyarham akan sentiasa dirindui oleh sahabat dan rakan sekerjanya.

“Bagi kami di Oxford, setiap galakan dan sokongan beliau terhadap kerja yang dilakukan di sini akan terus diingati.

“Kami juga bertuah mempunyai Ahmad Sarji sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah selama lebih dua dekad. Beliau berkhidmat dengan penuh cemerlang dan komitmen yang tinggi, malah setiap pandangannya akan sentiasa dikenang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

– Dr Farhan Nizami, CBE Felo Prince of Wales dan Pengarah Pusat Pengajian Islam Oxford

Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Ahmad Sarji


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker