Pembubaran parlimen bergantung kepada perkenan Agong

BIARPUN kuasa mutlak pembubaran Parlimen di tangan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43, namun Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong mengikut Perkara 40

SHAH ALAM – Proses pertimbangan Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan permohonan pembubaran Parlimen daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin turut mengambil kira jaminan sokongan majoriti ahli Parlimen terhadap Naib Presiden UMNO itu sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam mempertimbangkan permohonan pembubaran Parlimen pastinya dibuat berpandukan kebijaksanaan dan budi bicara Seri Paduka Baginda.

Bagaimanapun, pada perkiraan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Yang di-Pertuan Agong mungkin hanya akan menghormati permohonan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen seandainya keputusan itu mewakili suara majoriti ahli Parlimen.

“Sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam mempertimbangkan permohonan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri semestinya dibuat berasaskan kebijaksanaan dan budi bicara baginda.

“Tetapi kalau dalam keadaan sekarang apabila Perdana Menteri itu sendiri tidak terjamin sokongan majoriti ahli Parlimen, suara dan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong akan menjadi lebih kuat.

“Ini kerana Seri Paduka Baginda mungkin berfikir mengapa perlu Istana Negara memperkenankan permohonan Perdana Menteri sedangkan beliau tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen bagi perkara berkenaan. Apa pun, ia akan kembali kepada kebijaksanaan dan budi bicara Seri Paduka,” katanya kepada Sinar Premium.

 

Ismail Sabri (kanan) kini berdepan cabaran untuk memohon pembubaran Parlimen daripada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat susulan MKT dan Top 5 UMNO memutuskan PRU15 harus diadakan tahun ini.
Ismail Sabri (kanan) kini berdepan cabaran untuk memohon pembubaran Parlimen daripada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat susulan MKT dan Top 5 UMNO memutuskan PRU15 harus diadakan tahun ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut berpandangan sebarang keputusan Perdana Menteri untuk memohon pembubaran Parlimen daripada Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya perlu mendapat persetujuan ahli-ahli Jemaah Menteri.

Bagaimanapun, beliau mengakui proses permohonan itu sebaiknya perlu dimaklumkan Perdana Menteri kepada Jemaah Menteri sebelum diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau rujuk Perlembagaan Persekutuan, keputusan pembubaran Parlimen mesti membabitkan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Pada masa saya jadi Timbalan Perdana Menteri dan (Tun Dr) Mahathir adalah Perdana Menteri, beliau tidak pernah tanya pendapat atau kelulusan Jemaah Menteri sebelum memohon pembubaran Parlimen.

“Tetapi beliau maklumkan dahulu kepada Jemaah Menteri sebelum pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong. Kalau ada bantahan pun, ia hanya untuk makluman Perdana Menteri,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker