Polis berjaya berkas Chef Air Ketum di Setapak

Antara rampasan susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan kegiatan memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Taman Setapak, Kuala Lumpur pada Jumaat.

 

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah di Taman Setapak, di sini yang dijadikan tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju hasil aduan awam.

Menurutnya, serbuan itu berjaya menahan seorang lelaki disyaki berperanan sebagai Chef Air Ketum dan penjual air ketum.

Polis telah merampas 37 botol air ketum, 780 bungkusan plastik mengandungi daun ketum dan lima botol cecair disyaki berisi ubat batuk.

“Turut dirampas adalah peralatan memproses air ketum antaranya dua periuk besar, periuk kecil (1), tong gas (2), satu set peralatan dapur gas, alat penimbang dan alat penapis,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai aktif dalam pemprosesan dan pengedaran air ketum sejak awal bulan Mei lalu.

Katanya, suspek berusia 30 tahun itu kini direman selama empat hari sehingga Selasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dimajukan ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, Polis Wangsa Maju ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu memberikan maklumat dan juga ingin menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker