Bukankah Muhyiddin berlagak abang besar?

Bukankah Muhyiddin berlagak abang besar?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap seperti ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN).

“Bukankah Muhyiddin berlagak abang besar? Umum suka hati dia Barisan Nasional (BN) musuh utama PN. Terbukti bila Pas umum Pakatan Harapan (PH) adalah musuh utama.

“Eloklah Pas keluar PN dan tinggalkan Bersatu,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.



Polemik tercetus dalam PN ekoran kenyataan Muhyiddin baru-baru ini yang mengisytiharkan BN adalah musuh utama PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pas sebelum itu telah menegaskan pendiriannya yang menganggap BN dan UMNO sebagai rakan ta’awun dan pada masa yang sama menolak sebarang kerjasama politik dengan PH.

Puad juga menyifatkan pihak pembangkang semakin ketandusan isu apabila membangkitkan tentang top five UMNO dan ‘abang besar’ dalam BN.

“Kalau nak sebut pasal abang besar, Bersatu dengan satu kerusi boleh pegang jawatan Menteri Besar Perak,” katanya. MG



Bukankah Muhyiddin berlagak abang besar?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker