Balasan guna logo halal palsu pada daging sejuk beku

Balasan guna logo halal palsu pada daging sejuk beku

Seorang pengimport didenda RM43,000 kerana menggunakan penandaan halal meragukan pada kotak dan logo halal palsu pada daging sejuk beku yang diimport.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, hukuman diputuskan Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin selepas Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan.



Katanya, pendakwaan itu dilaksana susulan operasi bersepadu oleh pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis (IPK) Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di sebuah premis di Pulau Indah pada Januari tahun lalu.

“Siasatan disempurnakan sehingga membawa kepada pengesyoran supaya lelaki itu dituduh di mahkamah dan dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

“Mahkamah memerintahkan denda 15 bulan penjara sekiranya OKS gagal membayar denda atas kesalahan di bawah Perenggan 8(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Sejumlah 1,672 barang kes yang dipertuduhkan dilupuskan kerana ia sejenis barang mudah rosak, dengan nilai barangan lebih RM500,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Dalam serbuan pada 25 Januari 2021, KPDNHEP mendapati pengimport daging sejuk beku (daging lembu) berkenaan menggunakan penandaan logo halal dari luar negara dan perbahasaan/ tulisan halal yang diragui bagi produk yang diimport dari luar negara.

“Siasatan awal dan semakan daripada JAIS mendapati logo halal yang digunakan tidak diiktiraf dan penandaan halal yang digunakan pada kotak pembungkusan diragui,” katanya yang memberitahu pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan khususnya, membabitkan Perakuan dan Penandaan Halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. HM

Balasan guna logo halal palsu pada daging sejuk beku


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker