Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit

Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja binaan maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan konkrit di sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Ampang, ibu negara.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.23 malam dan menghantar 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Keramat ke lokasi kejadian, pada Selasa.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba (PpGB), Nurul Adha Abdul Majid berkata, runtuhan konkrit berlaku di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan dan runtuhan itu menyebabkan seorang mangsa tertimbus.

“Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.

“Mangsa seorang lelaki warga Bangladesh hanya berjaya dikeluarkan daripada timbunan konkrit pada jam 7.21 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mangsa di serahkan pada pihak polis untuk siasatan lanjut.AA

Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker