Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
Beberapa foto Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tetamu di hospital ketika menjalani hukuman penjara ditularkan semula di media sosial.
Seorang pengguna media sosial, Zemi Mohd. mendakwa foto-foto tersebut diambil ketika Anwar menjalani rawatan di Pusat Rehabitasi Cheras.
“Ini juga di Pusat Rehabilitasi Cheras. Mana suara awak masa tu? Anda mengalami sakit tekak? Semua layanan istimewa ini untuk ahli politik dahulu dan sekarang harus disiasat,” ciapnya di Twitter.
Dalam foto tersebut turut kelihatan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.
Gambar tersebut diambil pada 10 Mei 2018 semasa masih menjalani hukuman penjara dan selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pililihan Raya Umum ke-14.
Anwar mendapat pengampunan pada 16 Mei pada tahun sama.
Foto berkenaan dikongsi di tengah-tengah kritikan pemimpin pembangkang terhadap rawatan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara serta United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Mandela Rules), Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan.
Ia susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu berikutan keadaan kesihatan Najib yang tidak memuaskan.
Sementara itu, aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath berkata, pihak-pihak berkenaan tidak seharusnya bersikap berat sebelah.
“Anwar bebas terima pelawat di hospital ketika PH memerintah. Gambar, bukti semua ada dan ada yang telah disebarkan pun. Jangan double standard,” katanya di Twitter.
Sementara itu, mengikut laporan media pada 3 April 2013, Anwar telah dibenarkan mengadakan 360 perjumpaan dengan pelbagai pihak sejak menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh pada Februari 2015 sehingga 13 Mac 2016 .
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada waktu itu merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, sebanyak 152 perjumpaan yang melibatkan tujuan rawatan kesihatan telah diadakan di Penjara Sungai Buloh dan sembilan lagi rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Anwar juga dibenarkan mengadakan perjumpaan dengan keluarganya sebanyak 19 kali di penjara dan 13 kali di hospital, 18 perjumpaan dengan peguam serta 33 dengan pakar psikologi.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga dibenarkan menghubungi keluarga menggunakan telefon sebanyak 38 kali.
“Walaupun beliau tidak diberikan keistimewaan tetapi langkah-langkah yang dilakukan oleh Jabatan Penjara adalah langkah-langkah yang terdapat dalam Akta Penjara,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat.
Ahmad Zahid berkata, selain itu, Anwar juga dibekalkan dengan beberapa keperluan yang disyorkan oleh pakar perubatan seperti katil hospital yang berspesifikasikan khas, kerusi dan meja, fasiliti mandi air panas dan sejuk, tandas duduk dan kipas di dinding.
Makanan yang dibekalkan ialah seperti bijirin, susu rendah lemak, buah kismis, kurma, madu dan minuman protein.
Katanya, walaupun Anwar tidak dibenarkan untuk menjalani rawatan perubatan di luar negara, beliau dibenarkan untuk memilih dan membawa masuk pasukan perubatan pilihan iaitu dari George Washington University dan peralatan perubatan ke dalam negara bagi menjalankan rawatan di hospital kerajaan yang dipilih. MG
Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.