Mahathir calon PN di Kemaman, ini kata PAS

“Kami pun sebenarnya belum ‘sit down’ (bincang) dalam kalangan pimpinan tertinggi (PAS) tentang persiapan menghadapi pilihan raya terutama penentuan calon.

Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan parti itu kemungkinan meletakkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Katanya, tidak ada perbincangan setakat kini dan dia hanya mendengar spekulasi berkenaan menerusi media sosial.

“Tarikh nak bincang (calon) pun belum ada lagi, mungkin minggu depan saya akan ke Kuala Lumpur,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, hari ini.

Ahmad Samsuri mengulas laporan sebuah portal yang menyebut jika Dr Mahathir berkata jika kembali ke Dewan Rakyat, ini akan memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai “semak dan imbang yang lebih berkesan terhadap kerajaan perpaduan.”

Laporan itu juga mendakwa rundingan telah dimulakan dengan pemimpin PAS mengenai pencalonan bekas perdana menteri itu.

“Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pengundi Melayu dan pemimpin akar umbi. Jika menang, dia akan menjadi ahli parlimen tertua yang akan dipilih. (Mahathir berusia 98.)

“Paling penting mereka mahu meletakkan Dr M di Parlimen bagi mewakili kepentingan empat kerajaan negeri. Tidak ada gunanya bercakap di luar dewan,” kata sumber itu lagi.

Mahathir baru-baru ini dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri pimpinan PN.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri yang juga menteri besar Terengganu berkata, PAS tiada rancangan untuk meletakkan calon Bersatu bertanding di Kemaman yang ia merupakan kerusi tradisi mereka.

Namun, katanya, PAS juga tidak menolak kemungkinan akan mempertaruhkan penyandang kerusi itu, Che Alias Hamid untuk mewakili parti itu sekali lagi pada PRK Parlimen Kemaman.

“Segala kemungkinan berkaitan calon boleh berlaku termasuk calon luar selagi penamaan calon tidak dibuat,” katanya.

Pada PRU15 lalu, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi.

Dia yang memperoleh 65,714 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Said yang mendapat sebanyak 38,535 undi, calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506 undi) dan calon Pakatan Harapan, Hasuni Sudin (8,340 undi).

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang pada 26 September lalu g membatalkan kemenangan Che Alias di Kemaman.

Alasannya, memandangkan “hakim tidak menamakan mana-mana pihak” yang terlibat dengan amalan rasuah bagi kawasan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker