Serah dirilah, polis dah cari tu..
Serah dirilah, polis dah cari tu..
Johor Bahru: Akibat tidak puas hati kereta bergesel, seorang samseng jalan raya mencederakan seorang peniaga menggunakan objek tumpul di Kilometer 18, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas mangsa membuat laporan pada jam 5.19 petang hari yang sama.
Katanya siasatan polis mendapati kejadian ini berlaku pada 3.10 petang semasa mangsa yang berusia 57 tahun memandu sebuah kereta Mercedes-Benz dalam perjalanan dari Muar ke Bukit Indah.
“Ketika memandu di lorong tengah, tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja warna perak dipandu suspek lelaki tempatan yang memandu di lorong kanan mengubah haluan dan masuk di hadapan kereta mangsa.
“Tindakan itu menyebabkan kereta yang dipandu suspek dan mangsa bergesel sebelum masing-masing memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
“Selepas itu berlaku pertengkaran mulut antara mereka, sehingga mencetuskan pergaduhan sebelum suspek menggunakan objek tumpul untuk mencederakan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rupiah, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lebam di tangan kiri, dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik swasta.
“Suspek berjaya dihubungi polis trafik dan memintanya tampil membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.
Semalam, tular di media sosial video berdurasi sembilan saat membabitkan individu dipukul di tengah lebuh raya berkenaan.
Kes disiasat mengikut Sekysen 343 Kanun Keseksaan dan Peraturan 6 (1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta berhubung dengan IPD Johor Bahru Utara menerusi talian 07-55631222. HM
Serah dirilah, polis dah cari tu..
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju