Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
REMBAU – Penduduk di Kampung Pulau Bongek di sini, menyifatkan aktiviti seram Misteri Trak Kuning mengganggu kehidupan mereka.
Dakwa penduduk, setiap hujung minggu ketenteraman mereka terganggu apabila malam menjelang.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, tiada sedikit pun perasaan iri terhadap perniagaan itu, cuma mereka pula ‘dihantui’ bunyi bising sehingga ke awal pagi.
“Bayangkan masa tema puntianak, lagu nyanyian Maya Karin diulang-ulang dari pukul 9 malam hingga awal pagi. Kadang berlanjutan ke pukul 5 pagi.
“Masa tema pocong, jeritan pelanggan pula didengar sampai awal pagi. Mana nak tahan, penduduk di sini majoriti warga emas dan tentulah semua mahu berehat pada waktu malam,” katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, disebabkan perniagaan itu juga, cucunya takut untuk pulang ke kampung serta ke bilik air pada waktu malam.
“Cucu kata rumah kampung ada hantu, hanya disebabkan bunyi bising jeritan semasa hantu keluar di sepanjang trek dilalui trak berwarna kuning itu.
“Walaupun dikatakan jauh dari rumah penduduk, bunyi bising berkenaan tetap dapat didengari,” katanya.
Seorang lagi penduduk berkata, dia bimbang melihat kehadiran orang ramai ke kawasan berkenaan terutamanya pasangan yang tidak dapat dipastikan mempunyai ikatan atau status suami isteri.
Menurutnya, kebanyakan pelanggan adalah dari luar iaitu Johor, Melaka, Selangor dan lain-lain negeri.
“Memang ramai yang datang. Ada masa berpuluh-puluh motosikal datang. Mereka akan parkir di kawasan berhampiran surau bagi menunggu giliran sehingga awal pagi.
“Kalau dah tunggu lama-lama, suara gelak tawa mereka dalam kumpulan yang ramai pun dah mengganggu kami di laluan yang merupakan jalan mati ini,” katanya. K Online
Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju