Usah terlalu bimbang

PANDEMIK koronavirus (Covid-19) dijangka terus meningkat dan berterusan untuk tempoh yang agak lama. Ketika ini, sesiapa sahaja mungkin terdedah kepada risiko jangkitan. Malaysia juga tidak terkecuali.

Pada 17 Oktober lalu, 869 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif sebanyak 19,627 kes dengan empat kematian.

Kes terus meningkat pada 18 Oktober dengan 871 kes dan tujuh kematian menjadikan jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 20,498 kes.

Trend sepanjang lebih dua minggu sejak 1 Oktober merekodkan kes yang berterusan mencatat tiga angka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kemungkinan berlaku peningkatan berterusan kes dalam tempoh dua minggu akan datang dengan jangkaan berlakunya gelombang ketiga di Malaysia.

Perkembangan itu pastinya menimbulkan rasa bimbang dan panik kepada orang ramai.

Larang NGO edar makanan kerana bimbang ancaman kesihatan, kata Putrajaya

Pertambahan kes positif antara lain berpunca daripada kes jangkitan individu yang datang dari Sabah dan tahanan penjara. Malah, wujud juga kes sporadik seperti di Lahad Datu, Tawau dan Kunak di Sabah.

Potensi penularan tidak mustahil terus meningkat sekiranya prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat KKM tidak diambil serius.

Peningkatan kes disebabkan lonjakan jangkitan baharu. Ia adalah gelombang ketiga yang bermaksud ia bukan kesinambungan daripada kes terdahulu tetapi adalah jangkitan baharu.

Jumlah sebenar jangkitan daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah mungkin belum dilihat sepenuhnya lagi. Kerajaan mengakui kempen PRN Sabah adalah antara punca peningkatan ketara kes positif baharu Covid-19 di seluruh Malaysia.

Ia diburukkan lagi apabila berlaku penularan dalam kalangan banduan di penjara. Ruang lokap sesak dan sempit menyebabkan penjarakkan fizikal sukar diamalkan.

Lebih menggusarkan, Kluster Benteng Lahad Datu misalnya, didapati mempunyai mutasi D614G (super spreader) yang mempunyai kemampuan menjangkiti 10 kali ganda banduan lain dengan lebih mudah.

Namun, masyarakat tidak perlu terlalu panik dan bimbang kerana kerajaan melalui KKM tidak berdiam diri.

Pelbagai langkah dan tindakan telah diambil untuk mengekang peningkatan mendadak kes Covid-19 di Malaysia. Situasi semasa menunjukkan ramai individu telah disaring di lapangan.

Rakyat Malaysia terkandas rayu dibenar jumpa keluarga

Usaha keras KKM telah berjaya menurunkan nilai R naught (R0) pada gelombang kedua jauh lebih tinggi iaitu 3.55 berbanding nilai R0 pada permulaan gelombang ketiga iaitu pada kadar 2.3 dan terkini telah turun antara 1.3 hingga 1.5.

Angka itu menunjukkan kes harian Covid-19 masih meningkat, namun bukanlah secara mendadak.

Sebagai langkah drastik ke arah pemulihan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di Sabah, Selangor, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ia adalah pendekatan terbaik untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Mampukah negara mengekang peningkatan ketara pandemik Covid-19? Sekiranya sikap masyarakat masih belum peka tentang risiko jangkitan setelah kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada PKPB, maka tidak mustahil penularan akan terus meningkat dan mencetuskan lebih banyak kluster baharu.

Kita perlu mempunyai kesedaran bahawa kita berpotensi sebagai pembawa (carrier) kepada Covid-19 kerana fakta saintifik menyatakan bahawa kemungkinan terdapat sejumlah besar pembawa asimptomatik (tanpa simptom) Covid-19 yang sedang atau telah menjangkiti orang lain.

Maka, rakyat Malaysia mesti terus berwaspada dan tidak leka dengan peraturan berkaitan kuarantin, pemakaian pelitup muka serta pematuhan SOP.

Disiplin diri amat diperlukan untuk sama-sama membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 dan menghapuskan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat.

* Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman ialah Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia

Kesempitan hidup, suami isteri tinggal dalam kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker