Ketelusan Peguam Negara Dipertikaikan

Oleh Tun Teja

ISU Peguam Negara tidak telus kini dilihat berada ditahap sangat kritikal. Peguam Negara dikatakan membuat pendakwaan terpilih berdasarkan merit politik. Perkara boleh mengancam sistem keadilan Malaysia.

Jabatan Peguam Negara telah didesak membuat penjelasan berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, selepas Peguam Negara, Idrus Harun berkata, kertas siasatan tidak berada dengan jabatan itu.

Bekas peguam negara, Tommy Thomas juga didesak menjelaskan mengapa ahli keluarga bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan menerima dana 1MDB, tidak didakwa.

Keputusan Peguam Negara meringankan pertuduhan dalam kes Nicky Liow, anak Vincent Tan serta syarikat minyak dan gas, Serba Dinamik juga dipersoalkan.

Namun tiada sebarang maklum balas diterima atas semua persoalan tersebut. Perkara ini mengundang persepsi bahawa sistem keadilan negara gagal menjaga kedaulatan undang-undang Malaysia.

Memandangkan ketelusan sistem keadilan negara dicagarkan, bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim menyarankan peguam negara dijadikan ahli Jemaah Menteri yang mempunyai tanggungjawab kepada Parlimen.

Peguam negara perlu berdepan wakil rakyat di Parlimen dan menjawab soalan mereka, khususnya mengenai pendakwaan melibatkan kes berprofil tinggi.

Sudah sampai masanya isu ketelusan Peguam Negara ini ditangani dengan lebih tegas. Rakyat sudah muak melihat bagaimana Peguam Negara menjadi alat “tangan ghaib”. Mereka perlu bertanggungjawab atas semua salahlaku yang terjadi dalam sistem perundangan negara kita ketika ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker