Dominan Melayu bukan ketuanan Melayu, Puad bidas Musa Hitam

Puad Zarkashi menafikan Umno mengamalkan konsep “ketuanan Melayu” seperti yang didakwa oleh bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, parti itu tidak mentakrifkan dominan Melayu sebagai ketuanan Melayu. Istilah “Melayu Unggul” lebih tepat, katanya.

“Ketuanan Melayu tidak ada dalam dalam Fasa 3 Perlembagaan Umno. Tujuan Umno adalah perjuangan Melayu demi kesaksamaan di atas padang permainan yang sama rata.

“Matlamat Melayu Unggul adalah menjadi bangsa yang berdaya saing, yang berilmu, yang berakhlak, yang tidak zalim, sedia kongsi kuasa dan menghormati hak kaum lain,” katanya dalam catatan di Facebook.

Sabtu lepas, Musa Hitam berkata, penggabungan parti Melayu, antara Umno, PAS dan Bersatu, masih belum cukup “kuat” dan meluas pengaruhnya seperti PKR.

Justeru, katanya, jika ketiga-tiga parti itu bergabung bawah “khemah” sama, mereka perlu memberi jaminan kepada bangsa lain sebagai tumpuan perjuangan mereka.

Katanya, konsep ketuanan Melayu wujud disebabkan pegangan orang Melayu taksub yang wujud ketika negara bergelar “Tanah Melayu”, sekali gus membuatkan orang Melayu menggunakan konsep berkenaan bagi melindungi kepentingan bangsanya.

Namun, Musa yang juga bekas timbalan presiden Umno berkata, konsep sedemikian tidak lagi relevan terutamanya selepas negara merdeka. Malaysia kini bukan lagi sebuah negara Melayu sepenuhnya, katanya.

Dalam pada itu, Puad mempersoalkan sama ada konsep Melayu unggul yang dibawa Umno itu bersifat perkauman, sedangkan Umno juga bekerjasama dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau turut membidas “kayu ukur” yang digunakan Musa dalam menilai perkauman dalam parti itu, sama ada ia tepat atau sebaliknya.

“Musa Hitam guna kayu ukur, ada wanita bertudung hadir dalam majlis DAP ketika dia melancarkan buku Lim Kit Siang. Apakah kayu ukur Tun Musa itu tepat?

“Kayu ukur terbaik ialah apabila diberi kuasa. Mujur dalam politik Malaysia, DAP dan PKR sudah berpeluang menjadi kerajaan. Apa yang mereka buat? DAP ‘wipe out’ di Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Puad juga mendakwa institusi orang Melayu seperti Tabung Haji “dijahanamkan” ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Beliau turut menyebut tentang pendakwaan politik dan pelantikan tokoh politik sebagai peguam negara dan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pentadbiran PH.

“Meletak calon Melayu di kerusi majoriti kaum Cina hanyalah kosmetik. DAP ialah parti orang Cina, sama MCA. Sebab itu DAP hanya berani bertanding di kerusi kawasan kaum Cina.

“Musa tahu, dasar BN adalah terbaik. Walaupun BN didokong oleh parti berasaskan kaum, tetapi dasar BN adalah berbilang kaum,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, Umno dan BN boleh bangkit semula.

“Sampai masanya BN melaksanakan ‘direct membership’ kerana ramai yang tidak berparti suka BN, bukan PN,” katanya. FMT

“Sampan masanya BN melaksanakan ‘direct membership’ kerana ramai yang tidak berparti suka BN, bukan PN,” katanya.

Dominan Melayu bukan ketuanan Melayu, Puad bidas Musa Hitam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker