Gempa kuat gegar tenggara Taiwan, Jepun keluar amaran tsunami

Gambar Hiasan

TAIPEI – Satu gempa bumi kuat menggegarkan tenggara Taiwan hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), yang menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan runtuh di sebuah bandar kecil serta mengakibatkan amaran tsunami dikeluarkan di Jepun.

Gempa tersebut berlaku pada pukul 2.44 petang (waktu tempatan), kira-kira 50 kilometer (km) di utara bandar Taitung pada kedalaman 10 km, kata USGS.

Kekuatan awal gempa adalah 7.2 pada skala Richter, namun USGS kemudian menurunkan ukuran kepada 6.9 skala Richter.

Sekurang-kurangnya sebuah bangunan runtuh di bandar Yuli, kata media tempatan, Central News Agency (CNA).

Video yang dikongsikan CNA menunjukkan penduduk yang panik berlari ke arah bangunan runtuh yang membebaskan debu tebal ke udara.

Gegaran turut dirasai di bandar raya Taipei, kata wartawan AFP.

Sebelum itu, satu lagi gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah yang sama semalam dan menyebabkan berlaku beberapa siri gegaran dengan kerosakan minimum.

Bagaimanapun, gegaran gempa hari ini disifatkan lebih kuat.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami kepada kepulauan terpencil berhampiran Taiwan.

Ombak setinggi satu meter dijangka berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan), katanya. – AFP

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker