MCA Giat Tarik Lebih Ramai Ahli Baharu-Wee Ka Siong

MCA Giat Tarik Lebih Ramai Ahli Baharu-Wee Ka Siong

KULAI: MCA sedang mempergiat usaha menarik lebih ramai ahli baharu khususnya dalam kalangan golongan muda berusia 18 tahun ke atas bagi menyertai parti itu.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini kerana golongan itu bukan sahaja akan menjadi pengundi secara automatik malah mereka merupakan golongan tidak ‘hardcore‘ atau terlalu kuat fahaman politik, selain lebih memilih realiti daripada sekadar harapan.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) (Johor) lalu telah membuktikan persepsi anak muda menolak Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar kerana banyak saluran pengundi muda kita catat kejayaan, ini kerana golongan berkenaan tidak terikat dengan mana-mana parti.

“Sebaliknya, mereka memilih realiti dan bukan sekadar harapan khususnya dalam soal pendidikan, pekerjaan dan juga masa depan negara.

“Jadi kita perlu tambah ahli parti melibatkan mereka yang baru tamat persekolahan, kita perlu dampingi mereka sama ada yang terus bekerja mahupun yang menyambung pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Wanita MCA Johor di sini hari ini.

Pada Julai 2019, Parlimen meluluskan cadangan pindaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkaitan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Pindaan itu turut membabitkan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik oleh kerajaan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan itu berkata kesiapsiagaan MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini sudah berada pada tahap maksimum.

Bagaimanapun, Wee berkata pihaknya enggan terlalu yakin kerana menyedari sentimen masyarakat di peringkat akar umbi boleh berubah-ubah dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira.– BERNAMA

MCA Giat Tarik Lebih Ramai Ahli Baharu-Wee Ka Siong

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker