Mia Sara elak berdepan media

Mia Sara elak berdepan media

Pelakon Mia Sara mengelak bertemu media susulan video menari di aplikasi TikTok yang dikatakan kurang sesuai digayakan kerana terlihat ketat sehingga mengikut bentuk tubuh.

Mia yang menghadiri program sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, di sini enggan dirinya ditemu bual media.



Mia yang terlebih dahulu didekati jurufoto tidak membenarkan wajahnya dirakamkan melainkan hanya untuk tujuan jenama yang dihadiri pada hari ini.

Dalam masa sama, Mia turut didekati beberapa pegawai perhubungan awam yang ‘memujuknya’ untuk bertemu media, namun tidak berjaya.

Beberapa hari lalu nama Mia menjadi perbualan netizen di media sosial apabila tular video terbaharu memperlihatkan gadis berusia 17 tahun itu menari sakan di aplikasi TikTok.

Dalam video yang dikongsikan seorang pengguna aplikasi itu, Mia yang mengenakan baju berwarna kelabu dan memakai selendang hitam dilihat seronok menari bersama rakannya.



Selain tarian lincah, pemakaian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan turut menjadi perbualan apabila dikatakan kurang sesuai digayakan.

Bukan sekali mencetuskan kontroversi, Mia pernah ditegur peminat yang kurang senang dengan perubahan penampilan aktres itu pada Ogos lalu.

Malah, ada netizen mempersoalkan mengenai hijab yang dipakai Mia kerana dikatakan semakin singkat berbanding sebelum ini. HM

Mia Sara elak berdepan media




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker