Mayat dua beradik dalam beg, ibu ditahan

ULSAN: Seorang wanita ditahan di Ulsan, Korea Selatan susulan kes pembunuhan dua anaknya yang mayat mereka ditemukan dalam beg pakaian terbiar di New Zealand bulan lalu.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum mahu mendedahkan sama ada ibu berusia 42 tahun itu adalah suspek pembunuhan terbabit atau sebaliknya.

Polis New Zealand sebelum itu memohon kerjasama pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita terbabit yang dilaporkan tinggal di negara berkenaan.



Dalam masa yang sama, proses untuk mengekstradisi wanita berkenaan sedang dilakukan polis New Zealand bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Mahkamah Tinggi Seoul akan menilai kes berkenaan terlebih dahulu sebelum membenarkan ibu berkenaan diekstradisi.

Polis New Zealand turut memohon pihak berkuasa Korea Selatan menempatkan wanita berkenaan di penjara sehingga proses ekstradisi berjaya dilakukan.

Bulan lalu, mayat dua kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun dilaporkan ditemukan dalam beg pakaian yang dibeli orang awam daripada pusat jualan lelong barangan terpakai di Auckland.



Mayat kanak-kanak itu dilaporkan sudah berada dalam beg selama tiga hingga empat tahun yang disimpan di stor penyimpan pusat lelongan itu sebelum dibeli orang awam.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker